Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 19 Ogos 2010

Jawapannya Ada di dalam Al Quran


Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, masalah keruntuhan moral yang begitu meruncing dalam negara menunjukkan ianya adalah satu kegagalan kepimpinan Kerajaan Pusat yang enggan merujuk kepada undang-undang Islam yang mana ia mampu memberi kesejahteraan kepada seluruh umat manusia. Lagi di Harakahdaily.

Perkara ini timbul apabila gejala sosial (so - sial atau sangat sial) yang berlaku sejak mutakhir ini dengan kes pembuangan atau pembunuhan bayi yang semakin menjadi-jadi. Ini semua berlaku kerana pemerintah yang ada enggan merujuk dan kembali kepada Al Quran dan Perundangan Syari'ah Islam yang sebenar.

Allah SWT Berfirman :

مِنْ أَجْلِ ذَ‌ٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم بَعْدَ ذَ‌ٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ ﴿٣٢﴾

"Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu undang-undang) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain[411], atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya[412]. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu[413] sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerosakan dimuka bumi." (QS Al Maidaah : 32)

[411]. Yakni: membunuh orang bukan kerana qishaash.

[412]. Undang-undang ini bukanlah mengenai Bani Israil sahaja, tetapi juga mengenai manusia seluruhnya. Allah memandang bahawa membunuh seseorang itu adalah sebagai membunuh manusia seluruhnya, kerana orang seorang itu adalah anggota masyarakat dan kerana membunuh seseorang bererti juga membunuh keturunannya.

[413]. Ialah: sesudah kedatangan Rasul membawa keterangan yang nyata.

Allah SWT Berfirman lagi :

.... يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ أَن تَضِلُّوا ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١٧٦﴾

".... Allah menerangkan (undang-undang Al Quran ini) kepada kamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (QS An Nisaa : 176)

Allah Yang Menciptakan manusia, mustahillah bagi Allah tidak tahu untuk menguruskan undang-undang yang mana sesuai untuk kita. WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia