Cerita 1: Masa-masa awal-awal berlaku PELARASAN harga minyakla, gula la, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dok janji tidak akan menaikkan harga makanan, minuman... bla...bla... La ni apa jadi??? Baca lagi. Tu laaa hangpa. Lepas berita pelarasan harga (kononnnn) dari kerajaan keluaq, sebok dok mengipas-ngipas Pak-pak menteri, siap janji dok kata kami tak nak susahkan rakyat. Tak percaya tengok kat sini dema kata apa? Kami tak naikkan rega. Lagu ni macam mana? Susahla hangpa kalau masuk bertanding pilihanraya nanti..kui kui kui. Patutla hangpa nak jadi komponen BN yang baru. Komponen Barang Naik. Bila Naik? Baru jab ni naik. Nasibla laa ni mAklonG dah buat pelarasan bajet dapur. Tak mahu dah makan kedai mamak lagi!!!. (tiru gaya iklan Pantene) hehehe.
Cerita 2: Cerita ni lagilaa macam dah biasa tapi tak boleh buat-buat biasa. Kesan dari cerita 1 akan adalah kisah ini, baca di sini. Kisah perempuan jual diri untuk sara anak. Nak beli susu anak. Nak pergi makan kedai mamak, macam-macam kisah. Tapi disebabkan berlakunya PELARASAN harga baru-baru ni, maka jalan yang diredhai oleh Kak Shitah inilah jadi penyelesaiannya bagi wanita-wanita yang tidak boleh memikirkan cara lain atau dengan kata lain tidak ada kemahiran lain sementelah kerja yang satu ni jerla yang mudah bagi anggapan mereka. Tapi kisah- kisah macam ni, apalah sangat bagi pak-pak dan mak-mak menteri. Yang penting bagi mereka cara yang mudah ialah dengan membuat PELARASAN harga pada barang- barang keperluan pengguna bagi cover balik belanja mereka yang terover-over tu. Mungkin lepas ni KITA buat PELARASAN parti mana yang patut memerintah. Alahaiiiiii entah sedor entah bermimpi lagi ke rakyat-rakyat Malaysia ni...
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
عَنْ كَعْبَ بن عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي، يُعْطُونَ بِالْحِكْمَةِ عَلَى مَنَابِرَ، فَإِذَا نَزَلُوا اخْتَلَسْتَ مِنْهُمْ، وَقُلُوبُهُمْ أَنْتَنُ مِنَ الْجِيَفِ - رواه طبرني
Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W datang kepada kami lalu bersabda: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-pemimpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)
WAllahu'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan