Dalam afidavit sokongannya sebelum ini, Tharmendran mendakwa penahanan dan penangkapannya pada 25 November lepas adalah tidak berasas, salah dan tidak sah mengikut undang-undang dan berniat jahat. Lagi di sana.
Orang dituduh mencuri pun dah lepas. Habis siapa pulak sebenornya yang mencuri enjin tu? Siapa pulak yang jadi Menteri Pertahanan masa enjin tu hilang ?
Ingatlah, Allah SWT Berfirman :
إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا ﴿١٠٥﴾ |
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (kerana menuduh orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat[347]," (QS An Nisaa : 105) |
[347]. Ayat ini dan beberapa ayat berikutnya diturunkan berhubungan dengan pencurian yang dilakukan Thu'mah dan ia menyembunyikan barang curian itu di rumah seorang Yahudi. Thu'mah tidak mengakui perbuatannya itu malah menuduh bahawa yang mencuri barang itu orang Yahudi. Hal ini diajukan oleh kerabat-kerabat Thu'mah kepada Nabi s.a.w. dan mereka meminta agar Nabi membela Thu'mah dan menghukum orang-orang Yahudi, walaupun mereka tahu bahawa yang mencuri barang itu ialah Thu'mah, Nabi sendiri hampir-hampir membenarkan tuduhan Thu'mah dan kerabatnya itu terhadap orang Yahudi.
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan