Nasharudin juga berkata, sebagai peyokong dan pendokong parti yang memperjuangkan Islam, jentera parti harus menunjukkan akhlak yang baik sewaktu berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang. Lagi di situ.
Jangan sebab kerana kita Jemaah PAS tewas. Jangan kita terlalu asyik tampal poster sampai lewat pagi hinggakan subuh kita jam 9.00 pagi.
Telusurilah kisah Perjuangan Islam terdahulu, Sultan Muhammad Al Fateh dengan tenteranya, juga Salahuddin Al Ayubi dengan tenteranya. Bagaimana keadaan akhlak mereka ?
Allah SWT Berfirman :
أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُم مِّثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّىٰ هَـٰذَا ۖ قُلْ هُوَ مِنْ عِندِ أَنفُسِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٦٥﴾ |
"Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri." Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS Ali Imraan : 165) |
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan