PM 1 Malaysia amat bermurah hati untuk berkongsi cerita mengenai hal-hal rumahtangga BN yang biasa dialami bila nak mai pilihan raya. Jadi ambikler peluang untuk menganalisa mengenai sikap pengundi BN dan juga penyokong-penyokong BN ni.
Katanya, beliau mahu semua ahli dan pemimpin BN memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada calon yang terpilih bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya itu. “Saya ingatkan sekali lagi, jangan sabotaj calon kita. Beri mereka (calon) sokongan yang padu. Lagi di sini.
Jadi kesimpulan yang boleh mAklong buat adalah:
1. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang, para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) di semua peringkat diingatkan agar tidak mensabotaj calon pilihan BN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak -- Biasanya bila ada perkatangan "jangan" benda yang "jangan" tu lah yang suka orang dok nak buat. Lagi satu, rupa-rupanya para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) di semua peringkat memang ada bersikap suka mensabotaj calon pilihan parti mereka sendiri. Tapi itulah UMNO saling tuding menuding jika tidak diterima. Tiada bersikap berlapang dada.
2. Kerja bersungguh-sungguh, buat aku janji di dalam hati masing-masing bagi memastikan parti kita menang pada PRU-13 akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis penutup konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan di sini semalam --- rupa-rupanya dema ni ada jugak curi tulang. Bukan pemimpin UMNO tak tau, termasukler PM sendiri. Ate mana idaknya asyik nak berupah jer kerjenye.
3. Ujar beliau, bekas wakil rakyat atau mereka yang disebut-sebut menjadi calon tetapi tidak dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya tersebut turut diingatkan agar tidak berbuat demikian. --- Rupenyee ada jugak yang suka merajuk bila tak terpilih. Mana idaknya, jadi calon BN ni maknanye boleh dapat banyak lubuk emas. Bukan mAklong kate, orang-orang lain yang katee.. Tak caye cuba check kat sini.
Tapi mAklong rasa isu ini berulang-ulang setiap kali hendak pilihanraya. Tapi yang peliknyee kenapa hanya rakyat sahaja yang kena muhasabah diri?? Habis pemimpin tak reti-reti nak muhasabah diri? Tak kiraler kamu ini siapa?? Apa salahnya sesekali kena ler down to earth bak kata orang putih. Jangan asyik menjuih kat orang jer...:)
Kepada mana-mana organisasi yang memperjuangkan Islam sebagai dasarnya jangan jadi tak berapa nak cerdik seperti UMNO dan pengerusinya ini. Allah s.w.t. berfirman :
WAllahua'alam ....
Kepada mana-mana organisasi yang memperjuangkan Islam sebagai dasarnya jangan jadi tak berapa nak cerdik seperti UMNO dan pengerusinya ini. Allah s.w.t. berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ .... ﴿١﴾ | |
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; ...." (QS Al-Mumtahanah : 1) |
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan