


Aziz Satar - Bagi saya bila isu ini mula diperkatakan, rasanya
ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum hudud sekarang. Memang tidak dinafikan hukum hudud sudah tertulis dalam agama kita,tetapi ia tidak wajar dilaksanakan terus. Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaan. Contohnya ia boleh dilaksanakan di sesebuah negeri dahulu, jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat, barulah diteruskan tetapi jika sebaliknya, pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka, lagipun kita sama-sama hamba Allah SWT yang diberikan peluang berubah.

Siapa yang bersalah bila rakyat tidak faham mengenai HUDUD termasuklah artis-artis di atas. Adakah mereka ini bersalah sebenar-benarnya? Atau bila mereka mencari ilmu-ilmu ini di masjid dan surau yang mereka perolehi adalah ilmu yang berulang-ulang... Bab taharah, jenis-jenis najis, bab haid, dan lain-lain lagi. mAklong bukan menidakkan kepentingan ilmu fardhu Ain dan Kifayah tetapi bab-bab seperti hudud, qisas, ekonomi (sekadar contoh), tidak diajar dan diberi penerangan yang sepatutnya di surau-surau, masjid-masjid dan seumpamanya. Jadilah rakyat kita semakin jahil bila UMNO BN mengatakan itulah hudud PAS. Sembang waktu pilihanraya sahaja. Bukan kata artis, malahan ramai lagi rakyat yang masih jahil dengan ilmu-ilmu Islam yang mencakupi keseluruhan cara hidup kita.
mAklong - Yang dua lagi artis tu cakap apa,kome cariler yer caranya... Tapi apa yang mAklong boleh kategorikan dema dua ni faham ler jugak dengan isu yang diperkatakan, cuma confuse sikit-sikit dan takut- takut berani. Pesanan mAklong, mohler jentera PAS semua, bergerak dan bekerja untuk memenangkan PAS. Bila dah kite perintah, bolehler kita ubah mana yang kita perlu ubah. Dekatilah rakyat termasuklah jugak artis-artis ini untuk kita fahamkan apa tujuan kita berada dimuka bumi ini.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾ |
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat (menghambakan diri) kepadaKu." (QS Az-Zaariyat : 56) |
Wallahua'alam....
potong tangan dan kaki tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya kata enot.
BalasPadamni manusia berhati apa la kalau mcm ni kan.
mmg ptt kena hukuman lagi teruk kalau jln hukum hudud pun tak insaf.
sula bukan hukuman hudud pun.. bacalah Quran, di dalamnya tercatat jenis hukuman.sula tak termasuk pun..~!!!
BalasPadamagak terlewat jga baca komen artis nie..kesianla artis kita nie..yang malangnya beragama Islam pulak tu.Kalau setakat pas2 baca Al-Fatihah tak usah la nak memandai-mandai bagi komen yg menampakan kejahilan sendiri.
BalasPadam