Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibarhim bersumpah laknat di masjid dengan menjunjung al-quran dan tunjukkan surat yang kononnya ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999. Lagi kat situ.
Manusia jahil serta bersifat hipokrit / munafik sahaja yang suka mempermainkan sumpah dan menjadikan agama sebagai bahan gurauan.
Allah s.w.t Berfirman :
اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ فَلَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ ﴿١٦﴾ |
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah; dari kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan." (QS al-Mujadilah : 16) |
Allah s.w.t Berfirman lagi :
الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ ﴿٥١﴾ |
"(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami." (QS al-A'araf : 51) |
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan