Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 17 Disember 2011

MENJELANG PRU 13 : semakin banyak GULA-GULA di tabur

PROSES BAIK PULIH...Beberapa kontraktor memeriksa jambatan gantung yang menghubungkan jalan utama Saratok-Sri Aman ke penempatan Rumah Panjang Ng Drau untuk menaik taraf kawasan tersebut dengan infrastruktur baru. Kawasan yang didiami 180 penduduk itu menjalankan aktiviti bercucuk tanam sebagai punca pendapatan utama dan kini terpilih menjadi perintis projek bekalan air bersih ke kawasan luar bandar. Projek itu secara tidak langsung akan menaik taraf kawasan tersebut dengan infrastruktur baru termasuk membaik pulih jambatan gantung agar dapat membina paip saluran air melintasi jambatan tersebut. Gambar dan cerita dipetik dari situ.

Ini perkara biasa. Hanya yang jahil akan terpedaya. Punca kenapa jadi jahil sebab enggan menerima Syari'at Allah sebagai panduan hidup.

Allah s.w.t berfirman:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿٢٠﴾

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS al-Hadid : 20)

WAllahu'alam ....

1 ulasan:

  1. Salam...mungkin ramai orang akan kena kencing manis kerana terlalu banyak memakan gula, tapi lebih jahil lagi jika kalau dah tahu gula tu merbahaya tapi masih mau nak terima....Lebih banyak orang beratur untuk merebut duit RM 500/- Dapatnya belum tahu lagi, nama dah tersenarai untuk dicangkuk semula tahun berikutnya.

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia