Nabi s.a.w bersabda :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا - رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Riwayat Muslim)
Baginda s.a.w. bersabda lagi :
Dari Abu Bakrah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah kamu sekalian suka kalau aku memberitahukan kepada kamu semua tentang sebesar-besarnya dosa besar." Kami - yakni para sahabat - berkata: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyekutukan Allah, berani melawan kedua orang tua," kemudian beliau s.a.w. bersandar semula lalu duduk, kemudian bersabda: "Ingatlah, juga perkataan palsu dan menjadi sumpah palsu." Tidak henti-hentinya beliau s.a.w. itu mengulang-ulangi sabdanya yang terakhir ini, sehingga kami berkata: "Alangkah baiknya kalau beliau diam." (Muttafaq 'alaih)
WAllahua'alam ....
Baginda s.a.w. bersabda lagi :
وَعَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللهِ وعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا حَتَّى قُلْنَا لَيْتَهُ سَكَتَ - متفق عليه
Dari Abu Bakrah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah kamu sekalian suka kalau aku memberitahukan kepada kamu semua tentang sebesar-besarnya dosa besar." Kami - yakni para sahabat - berkata: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyekutukan Allah, berani melawan kedua orang tua," kemudian beliau s.a.w. bersandar semula lalu duduk, kemudian bersabda: "Ingatlah, juga perkataan palsu dan menjadi sumpah palsu." Tidak henti-hentinya beliau s.a.w. itu mengulang-ulangi sabdanya yang terakhir ini, sehingga kami berkata: "Alangkah baiknya kalau beliau diam." (Muttafaq 'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan