Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemimpin senior PAS untuk memberi ruang kepada pelapis baru bertanding di dalam pilihan raya. Lagi di sana.
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
والسمع والطاعة وإن تأمر عليك عبد ﴿رواه أبوداود والترمذي﴾ |
"....tetaplah kamu mendengar dan ta'at (dengan sabar) walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak)...." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi) |
Rasulullah menyuruh kita supaya patuh kepada Ketua atau Pimpinan walaupun dalam masa yang sama Ketua itu tidak kita sukai atau tidak bersetuju dengannya.
Allah s.w.t Berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩﴾ |
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." (QS An-Nisa' : 59) |
Lagi Allah s.w.t Berfirman dengan memberi amaran kepada orang yang akan hilang pahala amalan sekiranya enggan menurut dan mengingkari pemimpinnya.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ ﴿٢﴾ |
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya." (QS Al-Hujurat : 2) |
Ayat ini ditujukan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w yang mana diketika itu Rasulullah s.a.w. adalah ketua atau pemimpin mereka. WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan