
Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Jumaat, 22 Jun 2012
Kalau namanya rakaman.....alamatnya......

Selasa, 19 Jun 2012
Perak pun Hijooo

Walaupun dairy harian dipenuhi dengan pelbagai program,pimpinan-pimpinan ini masih bersemangat tegar untuk terus menerus memberi penerangan dan pelbagai maklumat kepada rakyat

Adakah mereka tiada istilah letih?? Sebagai manusia biasa,mereka juga letih tetapi demi rakyat mereka buangkan rasa letih itu jauh-jauh. Fikir-fikirlah kita pemimpin yang bagaimana yang ingin kita pilih...

Apa yang difikirkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat....Mungkinn ....apa lagilaaa cara hambo nak ghoyak kat rakyat jangan pilih UMNO ni..Samalah macam ustaz Nuri,apalahh difikirkan oleh dua generasi ini.Walaupun berbeza zaman tetapi masih bermatlamatkan yang sama. Mahukan BN turun.

MB kami jugak terus-terus diasak oleh UMNO BN dengan kejamnya.

Tidak pernah mengecewakan rakyat untuk memberi penerangan


PJ Perak menyampaikan amanat kepada rakyat Perak



Rakyat Perak yang turut setia untuk bersama ke Putrajaya.
Gambar-gambar menarik mAklong ambik kat sini.. :)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa warna di dalam syurga itu kebanyakkan berwarna Hijau. Salah satu sabda baginda s.a.w. :
|
Ada ke Nabi s.a.w. sebut kubah berwarna warna BIRU ???? WAllahu'alam ....
Khamis, 14 Jun 2012
Mana pilihan iman? Haji atau Undi
Pilihan raya musim haji khianati hak muslim
Salmiyah Harun, | 13 Jun 2012 |

Katanya, ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan terhad waktunya seperti pilihanraya.
Bahkan katanya, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah.
Tambahnya, kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing.Lagi di sini
Tunda haji kerana pilihan raya
Subky Latif, | 13 Jun 2012 |
Tahun 1986 saya pernah membuat kenyataan yang disiarkan oleh akhbar betapa penyokong PAS wajar menunda pemergian haji jika ia jatuh dalam musim pilihan raya. Peluang haji ke Mekah ada setiap tahun tetapi peluang membentuk kerajaan yang adil tanpa rasuah hanya ada lima tahun sekali, apa lagi kalau kerajaan yang hendak ditegakkan itu bagi memartabatkan Islam.
Pada mula penyokong PAS pun ada yang tidak gemar dengan pandangan saya kerana menunda haji bagi orang yang memenuhi syarat adalah satu kesilapan besar. Tetapi pandangan saya telah disambut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu hanya Ketua Dewan Ulama PAS Pusat; belum menjadi Mursyidul Am dan belum menjadi Menteri Besar Kelantan.
Ustaz UMNO yang mempertikai pandangan saya itu pun menyambung kritikannya berikut sokongan Ustaz Nik Aziz itu.
Jika UMNO tidak setuju dengan pandangan saya, biarkan pengundi UMNO saja ke Mekah, tetapi pengundi PAS tinggal dalam negeri bagi menghadapi persiapan dan mengundi. Lagi di sini
______________________________
Ahli Pas boleh tunai haji - Azizan
13 Jun 2012

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.
"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.
"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini. Lagi di sini
Anggap Isu Haji Sebagai Ibadah - Jamil Khir
Oleh SUSAN ALBERT KASSIM
KUALA LUMPUR: Para jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini diminta untuk melihat isu haji sebagai satu ibadah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, amalan mulia itu tidak seharusnya dicampuri dengan urusan politik seperti yang dibangkitkan parti pembangkang baru-baru ini.
"Janganlah ibadah haji iaitu rukun Islam kelima dicampuri dengan urusan politik demi kepentingan pihak-pihak tertentu," katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke Tabung Haji di sini, Rabu. lagi di sini
______________________________________
Mesti kome tertanya-tanya.Terkena tang mAklonG ker kisah-kisah menangguh haji ni.Bukannya terkena kat mAklong.Duit nak pergi haji masih dalam usaha untuk mencukupkannya. Insya Allah mudah-mudahan mAklong dapat menjadi tetamuNYA pada suatu hari nanti.. Bukannya apa, 2 malam sudah,tiba-tiba mAklonG dapat SMS daripada makcik mAklonG. "Yong betulker PAS arahkan tangguhkan pergi haji kalau terkena sama dengan pilihanraya?? Boleh ker macam tu??" Uishhh kering air liur mAklonG baca SMS dia. Apa teman nak jawab ni? Setahu mAklong, makcik-makcik dan pakcik-pakcik mAklonG ni walaupun bukan ahli mana-mana parti ataupun dema tu ahli parti UMNO, dema ni biasalah, selalu merujuk akhbar-akhbar arus perdana. Tapi sebenornya mAklonG pun tak tau lagi isu tu.Kadang-kadang kita pun lambat. mAklonG cuma jawab mAklonG tak dapat nak sahkan berita tu. Betulker PAS yang bagitahu macam tu.Hehe..jawapan selamat dari mAklonG. Percaya jugak dema kat mAklong sampai isu beso tu mAklonG kena jawab..Hehehe...senyum perasan tapi idaklah sampai riak dan ujub..
Jadi mAklong pun teruskanlah membaca dan membaca. mAklong faham, dalam PAS ni dah memang ada tempat nak berbincang perkara-perkara macam ni,kalaulah istiqomah dengan program tarbiyyah,contohnya program USRAH.Tapi kalau dia bukan ahli atau ahli yang tak berapa komited dengan program tarbiyyah takder chance ler nak tahu dan tanya dan macam-macam lagi ler.Itu sebab kadang-kadang ahli pun bising sebab tak faham.Macam isu tahaluf siyasi yang PAS buat yang ramai ahli tak berapa nak faham lagi.Hehehe..jangan marah naaa,cuit sikit. Kena rajinler pergi program tarbiyyah ni.Nak overhaul hati dan jiwa.
Rupanya kalau kome baca cerita daripada Hj Subky Latif, pimpinan veteran PAS, taahun 1986 dulu pun PRU dibuat ketika menjelang musim haji.Atenya rupanya pernah jadi...Jadi bila ada pimpinan PAS mengagak-agak tarikh pilihanraya tu mungkin terjadi dakat-dekat nak musim haji,idakler mustahil.
Tapi mAklonG tak berapa nak setuju dengan menteri agama kita. Dia cakap " Para jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini diminta untuk melihat isu haji sebagai satu ibadah.Dia berkata lagi, amalan mulia itu tidak seharusnya dicampuri dengan urusan politik seperti yang dibangkitkan parti pembangkang baru-baru ini.
"Janganlah ibadah haji iaitu rukun Islam kelima dicampuri dengan urusan politik demi kepentingan pihak-pihak tertentu," katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke Tabung Haji di sini, Rabu.
Ate mAklonG nak tanye? Kalau macam ni mentaliti menteri agama yang memisah-misahkan politik itu dengan Islam,amatlah mAklonG kesali. Kome tak kesali ker?? Yang bestnya kalau kome perasan menteri agama ni macam ada unsur-unsur mengugut pulak, Cuba perhatikan ayat dia.
"Jika jemaah sakit, saudara mara terdekat meninggal atau anak-anak menghadapi ujian sehingga memaksa mereka menarik diri, kita akan pertimbangkan mereka untuk menunaikan haji pada tahun depan.
"Namun, jika mereka tangguhkan ibadah haji kerana pilihan raya umum, mungkin belum tentu dua atau tiga tahun lagi mereka akan dipilih. Ia bergantung dengan kuota yang diberikan Arab Saudi," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan jemaah yang terpilih supaya tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang dan pergi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
"Selok-eloknya fikirlah baik-baik mengenai perkara ini. Lihatlah ia sebagai satu ibadah, tidak lebih daripada itu," katanya.
Ni belum menteri agama jelitawan tu yang komen.Bagi pandangan mAklonG,kalau pun kome tak setuju dengan pandangan pimpinan PAS, sebagai orang Islam,kita diajar supaya selalulah membuat apa-apa keputusan bertitik tolak daripada pengaduan kita kepada Allah melalui solat istikharah. Solat istikharah ni bukan buat untuk kahwin jer,tetapi merangkumi semua perkara. Islam itu indah. Wallahua'lam
Rabu, 13 Jun 2012
Wowww, jadi senator lagi untung laaaa

Inilah dinamakan Kerajaan Malaysia yang world class cara berpolitik. Caiiit sekali lagi.. World class konon. Ini dinamakan demokrasi terpimpin<--- pinjam kata-kata Allahyarham P.Ramlee. Oppps silap..bukan demokrasi terpimpin tapi ini demakasiiii mimpinnnn jer.
Tolonglah rakyat Malaysia.. Celiklah sikit daripada kena tipu dek dema. Dema bukan main lagi tabur duit nak pilihanraya mengalahkan tabur pasiorrr jer mudahnya. Tapi kome kena ingat... Waktu laaaa ni kata orang utara, bukan main tabur gulaaaa. Bukan gula-gula. Makan gula-gula manis sikit jer. Tapi bila dok taboqqq gula, manisnya lama. Boleh dapat sakit silap hari bulan kalau makan banyak sangat. Jadi sebagai rakyat, dema bagi kita ambik. Tapi kena hati-hati. Makan sikit-sikit jer. Jangan sampai jadi termakan budi. Ingatttttt, kalau rakyat bagi lagi dema perintah.. Ingat lepas PRU13, dema sediakan macam-macam penyakit kat kita. Siapa punya hak untuk lembutkan hati-hati pengundi ni? Allah SWT Berfirman :
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٦٣﴾ | ||
|
Contoh???1. GST -Cukai barang yang kita dok beli kita kena bayo. 2. Minyak akan naik. 3. Bila minyak naik, harga barang akan naik. 4. TOL pun tersipu-sipu akan turut naik. 5. Last2 darah rakyat naik...maka akan meningkatlah kadar jenayah lagi di Malaysia ini yang memang dah naik.
Tak sanggup lagi mAklonG nak tunggu lagi 5 tahun. Walaupun orang dok kabo, laaa ni akhir zaman...pejam..celik...pejam..celik dah nak pilihanraya semula. Tapi kalau dok pejam.. celik... pejam... celik asyik dapat dema jer merintah, apa cerita. Cemuihhhh dah. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia yang bijak bestari.
WAllahua'alam ....
Selasa, 12 Jun 2012
Perang Sg Rapat: Kita Gemporrr Kak Midah

Moh semua warga yang berhampiran Ipoh dan Gopeng.Ajak kawan-kawan yang masih UMNO dan jugak yang masih atas pagar untuk datang beramai-ramai ke
bersama
Al fadhil Ustaz Siddiq Nor
( mantan tahanan ISA) yang juga merangkap AJK Dewan Ulamak Perak
&
Ustaz Radzi Zainon, Calon N43 Dun Sg Rapat
pada 12/6/12 jam 9 malam.
Sebar-sebarkan yeeee..
Ahad, 10 Jun 2012
Lidah Parti Syaitan !!!!

وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا ﴿٥٣﴾ |
"Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan pergaduhan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." (QS Al-Israk : 53) |
WAllahua'alam ....
Jumaat, 8 Jun 2012
Hellllllooooo, tidoq kaaa???


Khamis, 7 Jun 2012
Suami ego bergaduh dengan isteri, anak menjadi mangsa.
Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel
Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.
Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.
"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan .Lagi di sini..
Rabu, 6 Jun 2012
Selasa, 5 Jun 2012
KARTUN PANAS
Muhammad Faeez, | 04 Jun 2012 |
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seakan-akan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda PAS berasa hairan bagaimana pihak polis boleh mengenakan tindakan kepada satu kenyataan berbentuk umum dan pendapat seorang rakyat biasa oleh Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan plat WWW 1 yang sedang hangat diperkatakan. Lagi di sini


Ahad, 3 Jun 2012
Jalan-jalan asyik HIJAU jer.
Lensa mAklonG tak sampai nak snap terus pada Ustaz Azhar. Sempat snap kat skrin besaq jaa..
PART 4
Ni masa tengah diadakan rally ceramah dari pelbagai penceramah yang dijemput. Ada artis, pengacara al hijrah, mantan officer police, mantan KSU, Tuan presiden kita, tak lupa sasterawan negara dan diakhiri dengan doa dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berapa ramai yang mai. Hangpa kiraler sendiri. Boleh jugak buat ubat pelali mata nak tidoq.Hehehe
Allah SWT Berfirman :
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾ |
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan ; Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai; ..." (QS An-Nasr : 1- 2) |
WAllahua'alam ....
BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia

