Pilihan raya musim haji khianati hak muslim
Salmiyah Harun, | 13 Jun 2012 |
Katanya, ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan terhad waktunya seperti pilihanraya.
Bahkan katanya, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah.
Tambahnya, kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing.Lagi di sini
Tunda haji kerana pilihan raya
Subky Latif, | 13 Jun 2012 |
Tahun 1986 saya pernah membuat kenyataan yang disiarkan oleh akhbar betapa penyokong PAS wajar menunda pemergian haji jika ia jatuh dalam musim pilihan raya. Peluang haji ke Mekah ada setiap tahun tetapi peluang membentuk kerajaan yang adil tanpa rasuah hanya ada lima tahun sekali, apa lagi kalau kerajaan yang hendak ditegakkan itu bagi memartabatkan Islam.
Pada mula penyokong PAS pun ada yang tidak gemar dengan pandangan saya kerana menunda haji bagi orang yang memenuhi syarat adalah satu kesilapan besar. Tetapi pandangan saya telah disambut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu hanya Ketua Dewan Ulama PAS Pusat; belum menjadi Mursyidul Am dan belum menjadi Menteri Besar Kelantan.
Ustaz UMNO yang mempertikai pandangan saya itu pun menyambung kritikannya berikut sokongan Ustaz Nik Aziz itu.
Jika UMNO tidak setuju dengan pandangan saya, biarkan pengundi UMNO saja ke Mekah, tetapi pengundi PAS tinggal dalam negeri bagi menghadapi persiapan dan mengundi. Lagi di sini
______________________________
Ahli Pas boleh tunai haji - Azizan
13 Jun 2012
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.
"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.
"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini. Lagi di sini
Anggap Isu Haji Sebagai Ibadah - Jamil Khir
KUALA LUMPUR: Para jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini diminta untuk melihat isu haji sebagai satu ibadah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, amalan mulia itu tidak seharusnya dicampuri dengan urusan politik seperti yang dibangkitkan parti pembangkang baru-baru ini.
"Janganlah ibadah haji iaitu rukun Islam kelima dicampuri dengan urusan politik demi kepentingan pihak-pihak tertentu," katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke Tabung Haji di sini, Rabu. lagi di sini
______________________________________
Mesti kome tertanya-tanya.Terkena tang mAklonG ker kisah-kisah menangguh haji ni.Bukannya terkena kat mAklong.Duit nak pergi haji masih dalam usaha untuk mencukupkannya. Insya Allah mudah-mudahan mAklong dapat menjadi tetamuNYA pada suatu hari nanti.. Bukannya apa, 2 malam sudah,tiba-tiba mAklonG dapat SMS daripada makcik mAklonG. "Yong betulker PAS arahkan tangguhkan pergi haji kalau terkena sama dengan pilihanraya?? Boleh ker macam tu??" Uishhh kering air liur mAklonG baca SMS dia. Apa teman nak jawab ni? Setahu mAklong, makcik-makcik dan pakcik-pakcik mAklonG ni walaupun bukan ahli mana-mana parti ataupun dema tu ahli parti UMNO, dema ni biasalah, selalu merujuk akhbar-akhbar arus perdana. Tapi sebenornya mAklonG pun tak tau lagi isu tu.Kadang-kadang kita pun lambat. mAklonG cuma jawab mAklonG tak dapat nak sahkan berita tu. Betulker PAS yang bagitahu macam tu.Hehe..jawapan selamat dari mAklonG. Percaya jugak dema kat mAklong sampai isu beso tu mAklonG kena jawab..Hehehe...senyum perasan tapi idaklah sampai riak dan ujub..
Jadi mAklong pun teruskanlah membaca dan membaca. mAklong faham, dalam PAS ni dah memang ada tempat nak berbincang perkara-perkara macam ni,kalaulah istiqomah dengan program tarbiyyah,contohnya program USRAH.Tapi kalau dia bukan ahli atau ahli yang tak berapa komited dengan program tarbiyyah takder chance ler nak tahu dan tanya dan macam-macam lagi ler.Itu sebab kadang-kadang ahli pun bising sebab tak faham.Macam isu tahaluf siyasi yang PAS buat yang ramai ahli tak berapa nak faham lagi.Hehehe..jangan marah naaa,cuit sikit. Kena rajinler pergi program tarbiyyah ni.Nak overhaul hati dan jiwa.
Rupanya kalau kome baca cerita daripada Hj Subky Latif, pimpinan veteran PAS, taahun 1986 dulu pun PRU dibuat ketika menjelang musim haji.Atenya rupanya pernah jadi...Jadi bila ada pimpinan PAS mengagak-agak tarikh pilihanraya tu mungkin terjadi dakat-dekat nak musim haji,idakler mustahil.
Tapi mAklonG tak berapa nak setuju dengan menteri agama kita. Dia cakap " Para jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini diminta untuk melihat isu haji sebagai satu ibadah.Dia berkata lagi, amalan mulia itu tidak seharusnya dicampuri dengan urusan politik seperti yang dibangkitkan parti pembangkang baru-baru ini.
"Janganlah ibadah haji iaitu rukun Islam kelima dicampuri dengan urusan politik demi kepentingan pihak-pihak tertentu," katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke Tabung Haji di sini, Rabu.
Ate mAklonG nak tanye? Kalau macam ni mentaliti menteri agama yang memisah-misahkan politik itu dengan Islam,amatlah mAklonG kesali. Kome tak kesali ker?? Yang bestnya kalau kome perasan menteri agama ni macam ada unsur-unsur mengugut pulak, Cuba perhatikan ayat dia.
"Jika jemaah sakit, saudara mara terdekat meninggal atau anak-anak menghadapi ujian sehingga memaksa mereka menarik diri, kita akan pertimbangkan mereka untuk menunaikan haji pada tahun depan.
"Namun, jika mereka tangguhkan ibadah haji kerana pilihan raya umum, mungkin belum tentu dua atau tiga tahun lagi mereka akan dipilih. Ia bergantung dengan kuota yang diberikan Arab Saudi," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan jemaah yang terpilih supaya tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang dan pergi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
"Selok-eloknya fikirlah baik-baik mengenai perkara ini. Lihatlah ia sebagai satu ibadah, tidak lebih daripada itu," katanya.
Ni belum menteri agama jelitawan tu yang komen.Bagi pandangan mAklonG,kalau pun kome tak setuju dengan pandangan pimpinan PAS, sebagai orang Islam,kita diajar supaya selalulah membuat apa-apa keputusan bertitik tolak daripada pengaduan kita kepada Allah melalui solat istikharah. Solat istikharah ni bukan buat untuk kahwin jer,tetapi merangkumi semua perkara. Islam itu indah. Wallahua'lam
yang beriman pilih haji ..... YANG TIDAK BERIMAN ADAKAN PRU MUSIM HAJI...!!!!!!!
BalasPadam