Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 7 Jun 2012

Suami ego bergaduh dengan isteri, anak menjadi mangsa.


Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan .Lagi di sini..

mAklonG melihat kes macam ini ibarat kisah suami isteri yang bergaduh ingin berpisah, dan si isteri bercadang untuk bersuami lain,tetapi belumpun nikah baru,bekas suami terus jerr menarik segala kemudahan dari anak-anak disebabkan geram dengan bekas isteri berpisah dengan dia dan bercadang nak ada suami baru. Hehehe. faham tak cerita mAklonG. Nak bagi faham kena buat filem cereka laaa pulak. Yang jadi mangsa adalah si anak. terpinga-pinga belanja wang poket nak pi sekolah kena tarik.Padahal tu bapak dema.tapi sebab mak dema nak kahwin lain,terus ayah menguncam.Macam tu ler ibarat ceritanya.. Kalau beginilah caranya Kerajaan UMNO BN mengatasi masalah,maka tidak mustahillah akan ramailah orang muda yang bakal beralih arah. Dendam politik UMNO BN adalah sangat menjelekkan rakyat. Mereka terus-terus menekan rakyat yang berpayung di bawah Pakatan Rakyat.Tapi sedarlah wahai pemimpin UMNO BN.Anda hanyalah berada dihujung kuasa.InsyaAllah dengan kelaku kome macam ini,proses kejatuhan kome semakin hampir.Tunggu saat dan ketikanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia