Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 31 Ogos 2012

Ada penjenayah kesahhh?


Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan buat semua pelayar blog mAklonG. Mohon kemaafan di atas tulisan mAklonG yang kome terasa hati. Udah agak bersawang jugaklah blog mAklonG ini setelah hampir sebulan tidak diupdate. Bukan apa,tak menang tangan dengan tugas harian sementelah mAklonG tidakler ada pembantu nak mengupdate blog mAklonG ni. Dulu pAklonG rajin jugak nolong2,tetapi semenjak dua menjak ni dia pun sibuk dengan urusan-urusan lain yang lebih aula, makanya sedikit bersawangler blog mAklonG ni.Huhuhu..Kalau kita perhatikan dan perasan, semenjak dua menjak isu hudud dimainkan semula, jenayah kejam kat negara kita jugak semakin menjadi-jadi. Bagi penjenayah tiada apa yang ditakutkan. Tiada hukuman yang menggerunkan mereka. Jadilah apa dema nak kisah cantas orang ikut sesedap rasa dema.Tak cukup cantas,dema bakor.Kalau dema dah bakor,kalau ada rasa takut,dema sorok,tanam ker,kambuihh ker.Kalau dema tak rasa ngeri dan takut,dema buang jerr tergolek macam tu.Tak kiralah penjenayah tu orang Islam ker ataupun yang bukan Islam. Apa dema nak heran?? Yang heeran, yang sedih,yang meraung,yang rasa kehilangan adalah keluarga mangsa jenayah...Orang ramai rasa ngeri sekejap jer...1 hari...2 hari... 3 hari...lepas tu hilang..Boleh ketawa kahh..kahhh...kahhh..hhhhaaa...haaaaa..Apa kita kisah?

Bila ada sekumpulan yang nak bawa kembali kepada hukuman si Pencipta Yang Maha Agung, habis gegak gempita seluruh Malaysia. Hudud itu....hudud ini...hudud ini cuma agenda politik...hudud tak sesuai dengan masyarakat majmuk...bla.bla....Yang menentang tu macam-macam datang.Yang datang sebahagiannya dari non-muslim, dari singh...cina...india...macam-macam reaksi tak faham.Memangla dema tak faham sebab pemimpin kerajaan negara kita yang berkuasa sekarang mana ada cuba nak fahamkan dema.Kalau hudud terlaksana,kebajikan dema pun terjaga..Itu sebab sebahagian yang dah faham ada yang menyokong dan tak kisah dengan hudud.Ini yang buat pemerintah sekarang gerunnn rasanya.Itu yang tak faham sebab atas dasar perbezaan akidah. Ini yang tak faham sebab sama akidah...lagi terukkk..Apalah yang hendak ditakutkan dengan hudud kalau kita tidak melakukan jenayah-jenayah yang berkehendakkan hukuman hudud.Gembiralah penjenayah sebab rupa-rupanya ramai lagi yang masih sayang dengan dema. Itu sebab baru-baru ni kes perkosa oleh ahli sukan negara hukumannya hanya berkelakuan baik dan didenda..Atas alasan ahli sukan ini mempunyai masa depan yang cerah...Berdesupppp hati mAklonG. Masa depan si penjenayah yang diambil kira. Masa depan mangsa, apa jadi..Fikir2lah kepada penentang kebenaran. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia