Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Rabu, 29 Julai 2009
YB Jual Durian .... Hehehehehe
KUALA KUBU BHARU-Salah seorang dari Adun Adun yang digantung selama enam bulan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Adun Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim telah sangap dan putus wang perbelanjaan sebab elaunnya turut digantung sama. Kesiannyaaaaa. Beliau terpaksa menjual durian sejak seminggu lalu. Klik sini untuk berita lanjut. Bukan apa mAklonG teringat cerita lakonan Dato Jamali Shadat dengan Hamid Ghurka je. Filem "Yang Berhormat" yang pengabihnya, YB yang pencen tu terpaksa balik kampung bercucuk tanam. Kesiannnn.... Nak salahkan sapa? nak salahkan takdir? Jaaannnggaannn, tapi salahkanlah diri sendiri yang melakukan dosa dan kejahatan. Sebuah Hadis Nabi S.A.W mengingatkan kita :-
Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memegang kedua bahuku dan bersabda: "Hiduplah di dunia ini seakan-akan engkau orang asing atau orang yang sedang bermusafir." Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Jika engkau memasuki waktu petang, maka janganlah menunggu pagi; dan jika engkau memasuki waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang; ambillah kesempatan dari masa mudamu untuk masa tuamu; masa lapangmu untuk masa sempitmu; masa sihatmu untuk masa sakitmu dan dari masa hidupmu untuk matimu." HR Muttafaqun 'alaih.
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hiiiii ni cuma dimik politik saja. Sejak dari pemuda lagi dah banyak melabur dlam melobi. Teguklah rumah dia di Rasa Tambahan.kereta yang di gunakan... Berapa buah. Tp klu jual durian sehari RM 700 x payahlah sibuk nak jadi YB lagi.
BalasPadam