Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Khamis, 23 Julai 2009
Hukum Pegang Lilin ....
Oleh Ustaz Bakistani
Berita kematian seorang setiuasaha politik kepada salah seorang exco kerajaan negeri Selangor yang berbangsa cina telah tersebar. Bagi menuntut keadilan terhadap kematian tersebut, ramai sahabat-sahabat yang berbangsa Cina memasang lilin, lebih lebih lagi dari kalangan teman teman DAP sebagai satu symbol protes terhadap kezaliman pembunuhan terhadap Saudara Teoh Beng Hock.
Isu pasang lilin ini tidak menjadi hebat, melainkan apabila didapati Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut sama memegang lilin. Ramai mendakwa, tindakan itu bercanggah dengan islam, dan dikatakan bisa melahirkan kerosakan pada akidah sebagaimana yang diperbesar besar dalam media utama UMNO/BN, juga turut digembar gemburkan oleh Menteri Besar haram Perak, DatukSeri Dr. Zambry Abdul Kadir. Untuk berita lebih lanjut, sila baca sini. Sekutu Zambry, Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria juga turut menyelar tindakan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menyalahi hukum dan melanggar akidah. Klik kat sini.
ADAT ATAU IBADAT?
Memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes dan ianya tidak ada kena mengena dengan ibadat mereka.
Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.
Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, walaupun mereka bukan dari golongan yang berkuasa.
Apabila difahami ini, nyata bahawa tindakan membawa lilin yang dilakukan oleh Saudara Mohammad Nizar Jamaluddin itu bukanlah amalan yang berbentuk ibadat dalam agama budha, malah ia merupakan budaya bangsa cina yang merujuk kepada maksud protes. Apabila ini difahami, nyata, ia bukan perkara ibadat, tetapi perkara adat.
Kondisi ini, sama seperti tindakan bangsa melayu yang memasang pelita di 10 hari terakhir bagi bulan ramadhan. Ia bukan bermaksud ibadat, tetapi sekadar adat melayu yang menunjukkan peringatan agar bersiap sedia dalam usaha untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Jadi adakah memasang pelita di 10 hari terakhir bulan ramadhan ini salah?
ADAT ADALAH HARUS
Apabila sesuatu perkara itu merujuk kepada adat, sudah pasti hukumnya adalah harus, selagimana tidak wujud sebarang dalil yang jelas dan nyata atas pengharamannya.
Kaedah fiqh menyebut;
الأصل في الأشياء الإباحة
Maksudnya;
“Asal sesuatu perkara adalah harus”
Asas kaedah ini disandarkan kepada firman Allah SWT;
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
Maksudnya;
”Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi”
(Surah Al-Baqarah : 25)
Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.
Sekian
Baca sama;
1- nizar pegang lilin : kenyataan media ADUN Titi Serong. (cina islam)
2- Sertai perhimpunan nyalaan lilin tidak salah – Timb Mufti kedah (Cina Islam)
Wallahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CELAKA BETULLAH PUAK PUAK UMNO NI .... PAUTAN "KLIK KAT SINI" TU DAH HILANG LA PULAK ....
BalasPadam