Inilah budaya UMNO, memang gemar menjadikan acara maksiat sebagai cara hidup dan hiburan mereka. Tari menari dan fesyen memang budaya jahiliyyah semenjak zaman musyrikin quraisy lagi. Iblis selalu akan menjadikan hamba-hamba yang taat padanya akan memandang perkara maksiat dan buruk itu baik bagi mereka.
Allah SWT Berfirman:
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩﴾ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ ﴿٤٠﴾ |
"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik." (QS Al Hijr : 39 - 40) |
Salam sufina
BalasPadamDalam akhbar perdana, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempersoalkan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu dengan mengatakan, "Memang perarakan Maulidur Rasul tiada dalam syarak dan lebih menjurus kepada satu trend tetapi ini menjadi antara cara untuk kita menarik minat belia kepada sejarah hidup Nabi Muhammad SAW (dan agama Islam),.
Mahu menarik minat belia kepada sejarah Rasulullah, tetapi sampaikah pengisian itu, berjayakah objektif itu setakat membuat perarakan tetapi syariat yang dibawa Rasulullah diabaikan. Keadaan sosial yang meruncing melanda muda-mudi tidak pula dibimbangi. Mana yang lebih penting, perarakan Maulidur Rasul atau menghalang muda-mudi dari gejala sosial, maksiat hingga berlakunya buang anak secara berleluasa, bersekedudukan secara haram, khalwat di mana-mana sahaja tanpa segan silu. Seolah-olah negara bebas seks tiada undang-undang, syariat menegahnya
Shodaqta :)
BalasPadam