Punca jahil serta bodoh sombong, membantah dan enggan mengaji serta belajar membuat seseorang manusia itu akan dipandu dan dibimbing oleh iblis dan syaitan. Dari bimbingan iblis dan syaitanlah seseorang itu tidak akan memperdulikan dosa dan pahala, lupa tentang neraka dan syurga. Allah SWT Berfirman :
... وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٥٧﴾ |
".... dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong (pembimbing-pembimbing) mereka ialah Taghut (syaitan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya." (QS Al Baqarah : 257) |
Sifat munafik serta fasik pula, mereka mengetahui akan hal pahala dan dosa tetapi dengan sengaja mereka melanggar batas-batas dosa dan pahala ini demi kerana kepentingan tembolok hawa nafsu mereka yang dipandu oleh iblis dan syaitan. Dengan rakusnya mereka sanggup mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat yang mengundinya serta memilihnya sebagai pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan