Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 5 Oktober 2011

Komen Artis Mengenai Hudud:UMNO berjaya menjahilkan mereka.

Bagi mAklong antara komen-komen artis yang memberi pandangan yang agak kurang cermat atau kurang cerdik mengenai HUDUD ini adalah disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor nya ialah kerana artis itu sendiri tidak mencari ilmu agama sebanyak-banyaknya akibat sibuk mengejar offer berlakon/menyanyi. Faktor lain yang menyumbang kepada jahilnya mereka adalah disebabkan propaganda UMNO yang berjaya menjahilkan mereka. Mari kita tengok komen-komen dema yang mAklong baca dari blog-blog kengkawan kemudian mAklong taipkan semula mana yang mAklong nampak perkataannya.


Enot - Memang zaman dahulu orang Islam amalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman SULA akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tidak lagi sesuai. Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimana pun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya.

Heliza AF- Kalau nak laksanakan hukum hudud banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana ia sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. Tapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai yang tidak dapat terima.Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini.


Ayu Raudhah - Rasanya ramai terkejut mendengar berita ini, jika ia benar-benar dijalankan di negara kita satu masa nanti.Hukum Hudud memanglah sudah termaktub dalam undang-undang Islam tetapi susah juga kalau kita nak ikut. Banyak perkara perlu diambil kira kalau hukum hudud hendak dilaksanakan nanti,macam mana pun kita tak boleh halang sekiranya ia berlaku.

Aziz Satar - Bagi saya bila isu ini mula diperkatakan, rasanya ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum hudud sekarang. Memang tidak dinafikan hukum hudud sudah tertulis dalam agama kita,tetapi ia tidak wajar dilaksanakan terus. Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaan. Contohnya ia boleh dilaksanakan di sesebuah negeri dahulu, jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat, barulah diteruskan tetapi jika sebaliknya, pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka, lagipun kita sama-sama hamba Allah SWT yang diberikan peluang berubah.


Siapa yang bersalah bila rakyat tidak faham mengenai HUDUD termasuklah artis-artis di atas. Adakah mereka ini bersalah sebenar-benarnya? Atau bila mereka mencari ilmu-ilmu ini di masjid dan surau yang mereka perolehi adalah ilmu yang berulang-ulang... Bab taharah, jenis-jenis najis, bab haid, dan lain-lain lagi. mAklong bukan menidakkan kepentingan ilmu fardhu Ain dan Kifayah tetapi bab-bab seperti hudud, qisas, ekonomi (sekadar contoh), tidak diajar dan diberi penerangan yang sepatutnya di surau-surau, masjid-masjid dan seumpamanya. Jadilah rakyat kita semakin jahil bila UMNO BN mengatakan itulah hudud PAS. Sembang waktu pilihanraya sahaja. Bukan kata artis, malahan ramai lagi rakyat yang masih jahil dengan ilmu-ilmu Islam yang mencakupi keseluruhan cara hidup kita.

mAklong - Yang dua lagi artis tu cakap apa,kome cariler yer caranya... Tapi apa yang mAklong boleh kategorikan dema dua ni faham ler jugak dengan isu yang diperkatakan, cuma confuse sikit-sikit dan takut- takut berani. Pesanan mAklong, mohler jentera PAS semua, bergerak dan bekerja untuk memenangkan PAS. Bila dah kite perintah, bolehler kita ubah mana yang kita perlu ubah. Dekatilah rakyat termasuklah jugak artis-artis ini untuk kita fahamkan apa tujuan kita berada dimuka bumi ini.


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat (menghambakan diri) kepadaKu." (QS Az-Zaariyat : 56)

Wallahua'alam....

3 ulasan:

  1. potong tangan dan kaki tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya kata enot.
    ni manusia berhati apa la kalau mcm ni kan.
    mmg ptt kena hukuman lagi teruk kalau jln hukum hudud pun tak insaf.

    BalasPadam
  2. sula bukan hukuman hudud pun.. bacalah Quran, di dalamnya tercatat jenis hukuman.sula tak termasuk pun..~!!!

    BalasPadam
  3. agak terlewat jga baca komen artis nie..kesianla artis kita nie..yang malangnya beragama Islam pulak tu.Kalau setakat pas2 baca Al-Fatihah tak usah la nak memandai-mandai bagi komen yg menampakan kejahilan sendiri.

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia