Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 26 Julai 2012

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa ?"


Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"

Mufti berkenaan menangis kerana jiwanya tersentap dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan tidak ada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa. Lagi di sini

Mereka berbaris demi sedikit rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup. Mereka tetap bersolat dengan keadaan yang lapar.

Gambar hiasan

Kita berbaris juga..Tapi kita berbaris dengan rezeki yang mewah.Beli..beli...beli..lepas berbuka banyak yang tidak mampu dihabiskan dan pengakhirannya cik tong sam pah ler destinasi akhirnya.

Mufti Arab Saudi menangis? Bagaimana kita? Adakah kita turut bersimpati dengan kedhaifan saudara Islam kita yang berada di seluruh dunia.Kalau pun tidak tidak melihat sejauh Somalia,adakah kita tau yang jiran-jiran kita yang dhaif sampai tak ada benda nak dijadikan juadah berbuka dan sahur.Sekadar tersentuh tidak memadai.Marilah sama-sama kita berusaha untuk meringankan tangan untuk banyak menginfakkan apa juga yang boleh menggembirakan mereka sempena di bulan Ramadhan yang mulia.Terngiang-ngiang soalan "Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?" Tepuk dada tanya iman? Banyak manalah usaha kita hendak membantu saudara kita yang susah. Jangan hanya kita sahaja yang kenyang,tanpa memperdulikan nasib jiran tetangga kita yang dhaif hidup mereka. Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia