Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 13 Julai 2012

Penggemar McD Malaysia bila lagi?

mAklonG penggemar Mc D ???Ohh tidak..McLong..he..he..pembetulan. mAklong masih istiqomah untuk terus memboikot makan Mc D. Kalau teringin nak makan burger ala-ala macam iklan Mc D tu mAklong beli jer kat kedai Bob Burger,kedai polular on the way nak ke rumah mak mAklong. Cumanya mAklong nak tanya penggemar Mc D kat Malaysia ni,terutama yang muslim. Kome berani ker buat macam penggemar Mc D di Kanada ni?Dema tanya apa ramuan untuk buat sos Big Mac's.Kata Mc D telus.Ate apa lagi? mAklong kalau nak balik rumah lalu kat Mc D,ramai orang Islam kita.Kalau McD Kanada ramuan sosnya macam ini. Kalau kat Malaysia macam mana pulak. Janganler kome cakap...alaaa takkanlah Mc D nak masuk ramuan yang haram kat Mc D Malaysia sebab orang Islam ramai,tapi masalahnya kome udah tanya ker..Suruh boikot, kome kata mana ada kaitan jenama tu dengan pemusnahan umat Islam di Palestin dan sebagainya..Bagus jugak kome yang gemor Mc D ni yer.Bersangka baik selalu.Memanglah dema ada logo halal Jakim.Tapi sesekali kenalah jadi pengguna yang bijak.Bagi berpeluh dema jawabnya. Jangan sampai peluh masuk jadi ramuan sekali udahler. Hehe.Bukan mAklong nak menjatuhkan darjat orang yang melanggan setia Mc D ni. mAklong bukan jugak batu api kepada pelanggan-pelanggan yang lain,cuma mAklong cuba nak jadi saudara yang baik kepada saudara Islam yang lain. Itu jer.Burger kedai Bob pun sedap jugak. Mudah-mudahan untung meniaga, mungkin saudara Bob boleh berzakat,bersedekah dan macam2 benda baik yang boleh dia buat.Lagi satu kena ingat,kita dah dekat nak Ramadhan. Jadi Mc D ni antara tempat kunjungan orang ramai yang nak berbuka. Mungkin surau di Mc D ni besorrr dan selesa kot untuk dema solat Maghrib selepas berbuka. Dan apa yang pentingnyaa,biarlah mujahadah kita seharian menjalani ibadah puasa diterima Allah amalan kita tanpa kita campurkan dengan berbuka dengan makanan-makanan yang kita takut ia adalah makanan yang subahah. Ishhh mesti kome kata pandai-pandai jer mAklong ni.Takperla...ini pandangan peribadi mAklong.Tepuk dada tanya iman.Wallahua'lam

1 ulasan:

  1. salam.. mohon list kan blog saya di blog pilihan saudara.blog saudara saya dah list kn di blog saya.t.kasih

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia