Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 3 Julai 2012

Lama dah teringin nak tukar baju.

Gambar hiasan semata-mata.Tidak ada kena-mengena dengan mana-mana gambar individu sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. mAklonG hanya menvisualkan fesyen baju dulu dan sekarang.



Ermm dah seminggu mAklonG tak menulis.Bukan apa sibuk dengan tugas harian. Al maklumlah blogger pompuan ni banyak sangat tugas sampingan..hehehe. Puasa dah semakin hampir..Eloklah warga wanita buat persediaan raya waktu sekarang ni.Bukan apa,bukan sebab teruja nak raya tapi sebab bolehlah fokus kepada ibadah di bulan Ramadhan yang penuh dengan macam-macam tawaran dari Allah s.w.t. Kalau dok sibuk menyopping keperluan raya waktu ramadhan,takut kita penat di malamnya.Last2 tawaran special Allah kita tak upaya nak rebut. Bercakap pasal nak prepare keperluan raya, antara yang biasa ditukar adalah tukar baju raya.Terutama zaman kanak-kanak. Paling mAklonG tak boleh lupa dulu masa kecik-kecik,walaupun keluarga mAklong bukan kategori orang berada, tapi setiap kali menjelang raya mesti sekurang-kurangnya berganti dua pasang baju raya. Sepasang baju kurung,sepasang baju orang putih..hehehe.teringat zaman dulu.Walaupun setahun sekali tukar baju tapi ia tetap fitrah seorang manusia untuk bertukar yang baru setelah setahun memakai pakaian yang biasa.Tapi kategori mAklonG ni kategori orang awam.Kalau kategori orang yang ilmu agama tinggi,idak dema heran nak tukar baju fizikal ni.Dema pakai selagi boleh pakai..Tapi kita cerita kita dikalangan orang awam..Orang awam yer.... Senang ker mak abah nak sediakan belanja beli baju. Jenuh jugak mikior nak cari duit lebih.Berpeluhlah jugak. Bagi yang kaya senangler.Itupun nasibler baju kurung mak yang jahit sendiri.Kalau tak entahler kume. Itu cerita nak tukar baju waktu nak raya. Ini kisah tukar baju walaupun bukan untuk raya tapi masih berkisar tentang raya iaitu pilihanraya yang di bawa oleh Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek.
Katanya " Menukar kerajaan tidak semudah seperti menukar baju dan rakyat harus berhati-hati dalam membuat keputusan tersebut, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Iyeker tukar baju itu mudah. Sapa cakap? Si pemakai kalau nak tukar baju payah jugak.Mana idaknya. Bila nak tukar baju tentulah kita memikirkan bajet, apa fesyennya, nak tukar sebab apa?,Saiz nak ukur tu sama ker dengan yang dulu dan macam-macam benda yang hendak dipertimbangkan. Hatta kalau orang pompuan,kalau nak tukar baju adakalanya lagi lama mikior sampai ker nak matchingkan dengan kaler tudung,handbag,kasut, brooch dan macam-macam ler katanya.jadi kesimpulannya Dato Chua Soi Lek,jangan kata orang nak tukar baju tu kerja mudah. Rakyat nak tukar baju tu mesti ada sebab setelah banyak pertimbangan yang dibuat antaranya sebab baju yang rakyat pakai ni udah terlalu lama,lebih 54 tahun umurnya. Kalau bagi mAklong pun baju dolu-dolu nak pakai ke pejabat mAklong berkira-kira,maklumlah baju umur 54 tahun bukan baju taste mAklonG.hehehe.Ngada-ngada jugak mAklonG, tapi itu adalah kenyataannya.Jadi sementelah kalau macam abah dan mak mAklonG pakai baju yang sama untuk tempoh yang lama, mestilah ada perasaan bosan.,jadi idakler salah kalau nak tukar ..kan..kan.Lebih-lebih lagi baju tu samaaaaa jer pesennya dari dulu.Biarlah rakyat rasa nak pakai baju baru yang lagi selesa,lagi berketrampilan asalkan masih mengekalkan syariat dan adat budaya yang tidak bercanggah dengan agama.Faham ker kome cete mAklong hari ni. Faham-fahamkanler yer. Nak tau cete tuko baju pilihanraya,mehler baca kat sini. Wallahua'lam.

2 ulasan:

  1. Mak Long. Mohon bertukor pautan @ link.
    Blog ini teman dah senaraikan di http://jueara74.blogspot.com/
    Terima kasih atas perhatian Mak Long.

    Allahu Akbar!

    BalasPadam
  2. Jazakallahu khairan kathira.

    Terima kasih MakLongggg!

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia