Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 19 Januari 2010

Oh bangsa melayu yang me ..... layu


Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera. Dilaporkan oleh AgendaDaily.

Me .... layu. Layu atau lembab, lambat. Tidak mahu mengambil berat tentang pentadbiran negara. Maka terjadilah lambakan bunch of rubbish yang tidak mahu mendaftar sebagai pengundi. Tindakan mereka ini merugikan agama, bangsa dan negara.

Seolah-olah mereka rela kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah yang ada. Ketahuilah, setiap undi anda amat berharga. Setiap undian anda dapat mengubah sesuatu tampuk pemerintahan yang kita sama-sama maklum kezalimannya.

Nabi SAW bersabda :

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran (kezaliman) hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lidahnya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

Wahai bangsaku, janganlah kamu terus leka dan lalai disebalik kezaliman dan keburukan yang bermaharajalela yang sebenarnya bertopengkan kebaikan yang sesungguhnya ia adalah menipu pada realitinya. Mari kita perhatikan hadits di atas. Mengubah dengan tangan boleh juga dimaksudkan dengan mengubah atau menukar sesuatu proksi kemungkaran iaitu kerajaan yang memerintah dengan kemungkaran.

Jika situasi ini berterusan berlaku, maka tunggulah azab dari Allah SWT satu persatu akan menimpa negara ini.

Ingatlah Peringatan dari Allah SWT ini :

قُلْ مَن كَانَ فِي الضَّلَالَةِ فَلْيَمْدُدْ لَهُ الرَّحْمَـٰنُ مَدًّا ۚ حَتَّىٰ إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ إِمَّا الْعَذَابَ وَإِمَّا السَّاعَةَ فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضْعَفُ جُندًا ﴿٧٥﴾

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu [908], hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka samada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya." (QS Maryam : 75)

 [908]. Maksudnya: memanjangkan umur dan membiarkan mereka hidup dalam kesenangan yang penuh dengan kelalaian.

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia