Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 8 Januari 2010

Klinik 1Malaysia : bahan kempen UMNO/BN ????


DATUK Seri Najib Razak menyatakan tekanan darah beliau normal kepada jurugambar selepas diperiksa Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1Malaysia, Ooi Bin Cheong (kiri) pada majlis pelancaran Klinik 1Malaysia di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, pagi ini. Turut kelihatan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. - Foto Effendy Rashid. Berita bergambar yang dipetik dari Berita Harian.
 Jan 7, 2010 12:23 pm

"Rileks, rileks .... saya belum nak mati lagi .... hehehe," itulah gamaknya yang diguraukan oleh PM 1Malaysia ni.

Cuma yang bermain di benak mAklonG, apa bezanya antara hospital kerajaan yang sedia ada dengan klinik 1Malaysia ni? Ishhh ... dungulah orang yang tak tau untuk membezakannya. Yang menyembuhkan penyakit ni, semuanya Allah SWT punya Kehendak ..... bukannya klinik tu.

Allah SWT Berfirman :

فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ ﴿٧٧﴾ الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿٨١﴾

"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam; Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku;" (QS As Syu'araak : 77 - 81)

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia