Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 6 Mac 2010

Perak 2 : Lebih Ramai Yang Akan Menjadi Katak

SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu kini berhadapan fenomena politik ‘Perak 2' di mana beliau percaya ada ramai lagi pemimpinnya akan keluar parti dalam masa terdekat. Lagi di Sinar Hairan.

Selagi negara kita masih lagi mengamalkan demokrasi berpilihanraya, rakyatlah yang akan mengubah dan menentukan kerajaan yang mereka pilih. Peduli apa dengan 2/3, peduli apa dengan persempadanan semula.

Andainya ditakdirkan oleh Allah SWT semua pengundi berdaftar di Malaysia ni mahu melihat kerajaan yang ada sekarang ni tumbang pada PRU13 nanti, bagaimana? Siapa yang dapat menghalangnya? Semuanya itu adalah hak Allah SWT. Siapa yang lebih berkuasa UMNO kah atau Allah Yang Maha Memiliki seluruh alam ini ?

Allah SWT Berfirman :

وَاتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةً لَّا يَخْلُقُونَ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ وَلَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا يَمْلِكُونَ مَوْتًا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا ﴿٣﴾
"Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi) dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati." (QS Al Furqaan : 3)

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia