Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 3 Mac 2010

Wang : Prinsip Utama ADUN Katak


Maka bermula lah satu lagi siri “pembelian” Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat. Setakat ini tiga telah berjaya diumpan oleh Umno, manakala beberapa lagi mungkin menjadi ‘mangsa” dalam tempoh beberapa hari lagi. Tan Tee Beng, Zahrin Hashim dari Pulau Pinang dan yang terbaru Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai, Perak) memberi alasan mereka meninggalkan PKR demi soal prinsip dan kebenaran. Begitu juga Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim bertindak keluar dari parti itu, juga atas soal “prinsip.” Lagi di sini.

Prinsip kalau diterjemahkan dalam bahasa kita - RUKUN. Rukun adalah sesuatu yang penting. Seperti Rukun Iman, Rukun Islam, Rukun Negara dan sebagainya. Nampaknya prinsip "wang adalah segala-galanya" merupakan Rukun Iman bagi ADUN yang melompat parti atau dalam ertikata lain, mengkhianati amanah rakyat, berpaling tadah, keluar dari jemaah dan yang seerti dengannya.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

خيانة الأمانة هي أكبر السلطات التجارة إذا كان الناس

"Khianat paling besar adalah bila seorang penguasa (pemimpin) yang memperdagangkan rakyatnya." (HR. Ath-Thabrani)

عَنْ كَعْبَ بن عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي، يُعْطُونَ بِالْحِكْمَةِ عَلَى مَنَابِرَ، فَإِذَا نَزَلُوا اخْتَلَسْتَ مِنْهُمْ، وَقُلُوبُهُمْ أَنْتَنُ مِنَ الْجِيَفِ - رواه طبرني

Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W datang kepada kami lalu bersabda: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-pemimpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia