MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kira jam 7 sekejap tadi. Lagi di Harakahdaily.
10.10.10 - boleh jadi hari yang bahagia bagi sesetengah pihak (klik sini) dan boleh jadi hari yang paling sengsara bagi sesetengah pihak (klik sini). Walau apa apa pun jangan lupa disebalik kegembiraan kadang-kadang ada kesengsaraan.
Peristiwa kemalangan ini kemungkinan merupakan yang paling dahsyat dalam tahun ini. Kemungkinan juga peristiwa azab ini sebagai peringatan dari Allah SWT untuk kerajaan negeri Melaka dalam menguar-uarkan projek Melaka Maju 2010. Maju dari segi apa ? Dari segi projek menggalakkan persundalan ? (klik sini). Sebelum ini, Melaka juga pernah di Peringatkan oleh Allah SWT tentang projek ini (klik sini). Kedua-dua peristiwa azab tersebut berlaku dalam negeri Melaka Darul UMNO.
Ingatlah Allah SWT Berfirman :
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾ |
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya." (QS Al Anfaal : 25)
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan