GALAS, 30 Okt -Seramai 300 orang ibu tunggal yang juga dikenali sebagai Armalah telah menerima sumbangan wang daripada pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam program Motivasi Jati Diri Armalah dan Pembahagian Bantuan Orang Miskin/OKU, semalam. Lagi di sini.
Inilah suasana bila tiba musim kempen pilihanraya di mana pun. Perang poster di mana-mana pun kita boleh lihat. Gambar rumah dhaif yang hampir roboh ini berada di bawah Parlimen Ku Li, Gua Musang iaitu suasana setinggan, penempatan kampung melayu di rizab KTMB yang berhampiran dengan 'pot' Petugas Pilihanraya PAS yang turut mAklonG sertai.
Kalau kita perhatikan gambar kat atas ni apa yang pelik? Mana gambar calon, Abd Aziz yang pendidikannya setakat SPM tu? Mana gambor Ku Li, pengarah pilihanrayanya? Yang ada gambor Najib dengan Stopa je.
Nampak sangat perpecahan yang teruk sedang berlaku dalam UMNO Kelantan. Semua ini berlaku kerana keengganan pimpinan Najib dan kroni-kroninya enggan meluluskan beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Ku Li dan bakal wakil rakyat mereka. Kepada para pengundi N45 Galas pilihlah Dr Zulkifli Muhammad sebagai wakil rakyat anda yang telah dipilih oleh pimpinan yang mahukan Islam sebagai cara hidup.
Allah SWT Berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤﴾ |
"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu[605], ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya[606] dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan." (QS Al Anfaal : 24) |
[605]. Maksudnya: menyeru kamu berperang untuk meninggikan kalimah Allah yang dapat membinasakan musuh serta menghidupkan Islam dan muslimin. Juga bererti menyeru kamu kepada iman, petunjuk jihad dan segala yang ada hubungannya dengan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
[606]. Maksudnya: Allah-lah yang menguasai hati manusia.
WAllahua'aalam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan