Jelasnya, PAS dan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan dan mengambil berat hal rakyat bukan secara bermusim, tetapi menjadi dasar yang terancang dalam setiap proram kerana ia adalah amanah Allah SWT. Lagi di situ.
Sudah ternyata UMNO sebenarnya terdesak. Pengumuman mengenai pelbagai pemberian (klik sini) yang bakal diberikan oleh pihak kerajaan UMNO/BN kepada rakyat mutakhir ini sebenarnya hanyalah untuk menggula-gulakan rakyat bagi menyokong mereka pada PRU 13 nanti. Gula-gula yang manis diluar tetapi sebenarnya amat pahit dan beracun.
Allah SWT Berfirman :
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ ﴿١١٢﴾ |
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta (janji-janji manis) yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu." (QS Al An'aam : 112) |
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan