Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 27 September 2011

SHAM KAMIKAZE BERSAMA ANAK MUDA IPOH TIMUR

Lain dari program-program sebelum ini. Program Santai bersama Sham Kamikaze begitu membuatkan anak muda dan masyarakat setempat begitu teruja untuk menonton penampilan istimewanya setelah berubah kepada transisi yang lebih positif dan islamik dalam penampilan tutur bicara dan kehidupan sehariannya.Kredit kepada Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur yang mencuba mempelbagaikan bentuk program yang dianjurkan bagi tujuan seruan dakwah untuk mendekati golongan muda. Pada malam tadi,bukan sahaja geng-geng ustaz,pakcik-pakcik dan makcik-makcik begitu kusyuk mendengar cerita pengalaman Sham Kamikaze berubah kepada fitrah,tetapi turut mengundang geng-geng orang muda untuk turut menghayati pengalaman berharga saudara sham." Semua yang terjadi kepada saya pada hari ini adalah berkat doa seorang ibu selama 35 tahun untuk melihat anaknya menjadi "orang",itulah antara luahan pengalaman yang dikongsi oleh Saudara Sham Kamikaze bersama kami pada malam tadi.Turut meraikan program bersama Sham adalah Penyelia DUN Sg Rapat, Ustaz Radhi Zainon bersama YDP Pas Kawasan Ipoh Timur, Ustaz Azmi Murad.

YDP Pas Kawasan Ipoh Timur bersama Ustaz Radhi Zainon dan Sham Kamikaze
Penampilan istimewa daripada Sham kamikaze buat peminat


Antara koleksi gitar sham kamikaze
Antara geng muda yang hadir
Sesi penceritaan pengalaman bagaimana Saudara Sham boleh berubah
Seorang penonton yang bertanyakan soalan semasa sesi dialog bersama Saudara Sham Kamikaze

Ramai jugak peminat Sham Kamikaze ni yer.. :) mAklonG mendoakan agar Sham Kamikaze istiqamah dalam menyampaikan seruan da'wah kepada orang-orang muda. Tahniah DPP Ipoh Timur.

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾

"Dan sesiapa yang berpaling (tidak istiqamah) dari pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." (QS Az-Zukhruf : 36)

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia