Salam Aidilfitri buat semua pengunjung mAklonG Sufina. Sudah 4 hari kita beraya. Raya tahun ni juga kita menyambut Hari Kemerdekaan. Takrif merdeka ni ada macam-macam takrifan. Bagi mAklong, mAklong hanya rasa merdeka setelah mAklong dapat memasuki syurga Allah, InsyaAllah, mudah mudahan. Itu semua atas Rahmat Allah. Selagi dok di dunia ni, belum merdeka sebenar-benarnya. mAklonG juga tertarik dengan sisi takrifan merdeka yang ditakrifkan oleh kartunis zunar... ermm kreatif. Salah atau benar, itu adalah pandangan dari kacamata beliau. Negara merdeka yang sebenornya seperti yang takrifkan oleh para ulama' dalam kisah Kerajaan Negri Saba' yang pernah merdeka dalam kerajaan Islam., firmannya :
WAllahua'alam ....
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ ﴿١٥﴾
|
"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun." (QS Saba' : 15) |
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan