Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 10 Januari 2010

Demonstran Extremis Agama + Pembakar Gereja = Golongan Syaitan !!!!

SHAH ALAM, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri. Lagi di sini.



Awas !!!! Wahai para demonstran, wahai para pembakar gereja. Kamu melaungkan kebencian kamu tentang kaum bukan Islam tentang penggunaan Kalimah Allah  tetapi tindakan kamu membuatkan bukan Islam  membenci dan memandang negatif kepada ummah itu sendiri.

Jangan terlalu ekstrim. Awas, kamu tak ubah seperti manusia berhati syaitan seperti video di atas ....

Allah SWT Berfirman :

هَا أَنتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ﴿١١٩﴾
"Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada." (QS Ali Imran : 119)

WAllahua'alam ...

4 ulasan:

  1. Salam Sufina

    Apakah mereka yg membakar tu tidak terbaca ayat-ayat ini:

    84. Katakanlah : Kepunyaan siapakah bumi dan orang yang diatasnya, jika kamu mengetahui ?

    85. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Tiadakah kamu mendapat peringatan ?

    86. Katakanlah : Siapa yang mempunyai tujuh langit dan yang mempunyai arasy yang maha besar ?

    87. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Tiadakah kamu takut kepadaNya ?

    88. Katakanlah : Siapa yang ditanganNya kepunyaan tiap-tiap sesuatu, sedang Dia memeliharakan dan tiada dipeliharakan, jika kamu mengetahui ?

    89. Nanti mereka akan menjawab : Kepunyaan Allah. Katakanlah : Mengapa kamu mahu tertipu
    SuarahAl-Mukminun ayat 84-89

    BalasPadam
  2. Orang UMNO dan PERKASA memang teruk.

    Saya letak ayat al-ankabut 46

    [Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri." ]


    di posting facebook [kumpulan penentang penggunaan nama ALLAH oleh bukan islam] Kumpulan ini ada 100,000 lebih ahli. Pembbuat kumpulan ini adalah putera dan puteri UMNO. Kebanyakan yang sokong kurang pemahaman agama. Kebanyakan mereka marah dan mengamuk. Orang putera dan puteri umno pula keje diorang api-apikan orang YANG BG KOMEN DALAM kumpulan ini..Kebanyakan yang bagi komen kurang pemahaman agama.
    Bila saya letak beberapa ayat al-quran, Mereka tak layan langsung. Mereka tak nak ulas satupun ayat Al-quran yang saya letak, padahal kebanyakan ahli adalah orang islam. Mereka terus-menerus memaki hamun orang bukan islam.

    Mereka cuba menanam kebencian orang islam keatas orang bukan islam dengan pelbagai lemparan hina..

    Bagi orang islam yang tidak berminat untuk memahami agama, Mereka ni mudah tertipu dengan GERAKAN PUTERA DAN PUTERI UMNO dengan cara mengelirukan mereka dan memperbodohkan mereka, supaya mereka tak boleh nak berpikir.

    BalasPadam
  3. Salam Ayid,

    masalahnya puak-puak bakar gereja tu mana reti baca Quran. Puak-puak yang yang macam ni lah yang UMNO dok bela, macam geng 3 line UMNO. dalam 10 orang ahli Pekida tu berapa org je yang betul-betul boleh mengaji Quran ????? Bangang punya UMNO

    BalasPadam
  4. salam kak,

    susah kalau orang tak paham agama ni, konon nak jadi hero tapi jelas sekali memalukan seluruh umat Islam. Tindakan bodoh dari orang yang dungu...sokong la lagi UMNO.jadi cmni la..

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia