Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 29 Januari 2010

UMNO dan Babi ....


Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
Sumber :  dari sini.

1 ulasan:

  1. CERAMAH UMUM SEMPENA 1 TAHUN KUDETA PERAK
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Salam sejahtera untuk rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya.



    CERAMAH UMUM SEMPENA 1 TAHUN KUDETA PERAK.

    TEMPAT : KOMPLEKS PAS KUALA KANGSAR (PERAK)

    TARIKH : 30 JAN 2010

    JAM : 8:30 PM

    PENCERAMAH :

    1 : YANG BERHORMAT ABDUL GHANI AHMAD (Timbalan Speker Dun Kedah)
    2 : YANG BERHORMAT NGEH KOO HAM (Parlimen Beruas)
    3 : YANG BERHORMAT MUMTAZ NAWI
    4 : USTAZ BARIAH ALANG SAPRI (Ketua DMPN)
    5 : CIK AIMAN ATHIRAH (Pengerusi LPD)

    " BERIKAN SOKONGAN ANDA DEMI KEADILAN RAKYAT PERAK "-tolong war-warkan ya

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia