Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 28 Ogos 2011

Negara Berkebajikan: PAS akan buktikan,InsyaAllah.

Negara berkebajikan. Istilah yang begitu digeruni oleh UMNO,BN. Mereka sering berteriak...Apakah kami tak cukup berkebajikan??? Yer, tidak dinafikan ada jugakla UMNO memberi atau membuat kebajikan TETAPI ...TETAPI kebajikan yang berpilih-pilih. Ini bukan mAklong yang cakap. Ini adalah luahan daripada masyarakat di tempat mAklong sendiri yang beritahu mAklong dan kawan-kawan ketika kami datang memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat setempat. Antara luahan yang kami terima adalah:

1. Sumbangan kebajikan hanya untuk kroni-kroni pimpinan UMNO setempat. Kalau nak dapat pun entah mana sekali... barulah rasa sekali walaupun hakikatnya mereka adalah golongan asnaf.

2. Masuk persatuan ibu tunggal tapi haram habuk pun TIDAK dipedulikan untuk dapatkan sedikit sumbangan. Dikenakan bayaran bulanan. Mengikut pengakuan lisan sekitar RM15 setahun ( ker sebulan... maklong tak ingat). Tapi kenalah jugak bayor..

3. Dan macam-macam lagilaa cerita yang tak berapa sedap nak didengor dan diulas.

Ini bukan mAklong rekacipta sendiri ulasan-ulasan dari mereka ini. Tapi ini adalah luahan dari hati mereka sendiri. Niat dihati kami memanglah semua warga miskin, ibu tunggal hendak dibantu, tetapi kami juga mempunyai kemampuan kewangan yang terhad. Jadi mAklong apa lagi, ngempenlah jugak sambil-sambil tu. Minta bagi peluang pada Pakatan Rakyat untuk memerintah supaya kita dapat merealisasikan janji yang kita hendak laksanakan. Antaranya adalah NEGARA BERKEBAJIKAN.

Sekitar program jelajah kebajikan (Program Kebajikan yang ke 3 sempena Ramadhan 1432 pada 27 Ogos 2011 yang dikelolakan oleh DMP Ipoh Timur)

sumbangan kepada warga emas
sumbangan kepada ibu tunggal.semoga sedikit sumbangan dari DMP Ipoh Timur ini dapat mengembirakan mereka pada hari raya nanti

Wajah anak-anak yang masih belum memahami erti sebuah kehidupan

Terima kasihlah diatas ingatan dan sumbangan yang diberikan -luahan hati penerima bantuan

mAklonG ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang yang dermawan. Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik tuan/puan semua.

Allah s.w.t berfirman :

... وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢﴾

" .... dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." (QS Al Maidah : 2)

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia