Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 7 September 2010

Jeng..Jeng...Siapa Yang Musa Hassan Maksudkan???


Waaa. Berita hangat jugak ni. Siapa yang Musa maksudkan?

Ketika ditanya siapakah pihak ketiga itu, Musa memberitahu: “Kementerian mana lagi yang jaga polis? KDN (Kementerian Dalam Negeri) lah.”

Wartawan: “Kenapa wujud campur tangan itu?”

Musa: “Kerana politik, kepentingan peribadi dan agenda sendiri.”

Selain itu, beliau yang akan bersara pada 13 September ini mengakui terdapat juga pihak-pihak luar yang bertindak mengeluarkan arahan tanpa pengetahuan beliau. Lagi di sini

Tetapi kenapa baru laaaa ni (ibarat kata orang Kedah) Inspektor Sahab nak dedah? Kenapa tak dolu-dolu lagi. Ermmmm adalah kot. Hanya Musa Hassan sahaja yang tahu. Wallahua'lam.

Justeru, tindakan yang tak berapa berani Musa ini tercetus disebabkan beliau dah nak pencen 2 - 3 hari lagi lantaran ketidak-puasan hatinya terhadap pasukan yang ketuainya itu rupa-rupa telah lama dibonekakan oleh orang-orang politik bersifat yahudi itu.

Siasat jangan tak siasatttttt. Siapakah orang politik yahudi tu. Sivarasa Rasiah? Tak mungkin. Mungkin tidak Tuan Guru Nik Aziz yang campurtangan. Lim Guan Eng pun tak mungkin jugakkk. Suspen ni. Nampaknya penghujung ramadhan ni banyak jugak cerita suspen.

Nasihat kepada Musa Hassan, Allah SWT telah Berfirman :

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَ‌ٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ ﴿٢٨﴾

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali." (QS Ali Imraan : 28)

Wallahua'lam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia