Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 13 September 2010

antara dua pemimpin


Beliau berkata tanggungjawab berat yang digalasnya memerlukan sokongan dan kerjasama erat daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam merealisasikan objektif PDRM berlandas Akta Polis Perkara 3 (3). Lagi nak tau di sini.

untuk pengetahuan Datuk IGP, tanggung jawab berat kat sini bermaksud amanah. Kalau Datuk IGP seorang yang suka mengambil tindakan tidak cerdik pastinya Datuk akan meringan-ringankan amanah itu.

Allah SWT Berfirman :

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh," (QS Al Ahzab : 72)

[1233]. Yang dimaksudkan dengan amanah di sini ialah tugas-tugas keselamatan, kepimpinan dan keagamaan.

Walauapapun antara Musa Hassan dengan Ismail ni, sewaktu peralihan jawatan / amanah itu berlakulah satu jenayah berat sebagai meraikan acara peralihan itu yang baru-baru ini menjadi headline panas di dada-dada media, jenayah zalim, pukul, bunuh dan bakar !!!! Yang menjadi petanda yang tidak baik bagi kedua-dua IGP ini.

Allah SWT Berfirman lagi :

إِنَّ فِي ذَ‌ٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ ﴿٧٥﴾

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (QS Al Hijr : 75)

WAllahua'lam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia