Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 3 Disember 2009

JANGAN JADI BENGONG !!!!


SANDAKAN, 2 Dis (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee kononnya kerajaan pusat mengikuti jejak penjajah British dengan mempengaruhi minda penduduk negeri itu. Dilaporkan oleh BERNAMA.

Rakyat Sabah, tolonglah jangan percaya dengan puak-puak ni. Nama UMNO tu pun dah British, UMNO memang parti British. Yang guna perundangan Lord Reid. Bukan parti Islam dan UMNO bukan menggunakan perundangan Al Quran dan Sunnah tapi parti ala Inggeris.

Rakyat Sabah, jangan lah kamu digula-gulakan dengan pembangunan yang dijanjikan. Pembangunan yang sebenarnya ialah pembangunan Insan. Di semenanjung bukannya tidak ada pembangunan tetapi pembangunan Insannya, memang takde.

Zaman PakLah dulu ada juga Islamiknya dengan Islam Hadhari nya. Dapat ke tangan Najib terus dibuang Islam Hadhari tu ke Laut China Selatan. Terus 1Malaysia "Rakyat di (zaman) dahulukan, pencapaian (poket sendiri) diutamakan".

Ingatlah, janganlah kita jadi seperti orang-orang yang mana antara mereka bertengkar di dalam neraka kerana kejahilan dan kebodohan mereka.

Allah Berfirman dalam Surah Sabak bermula Ayat 31 hingga 33 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim,

"Dan orang-orang kafir berkata: "Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada Al Quran ini dan tidak (pula) kepada kitab yang sebelumnya." Dan (alangkah hebatnya) kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari mereka menghadapkan perkataan kepada sebahagian yang lain; orang-orang yang dianggap lemah (rakyat) berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri (peminpin): "Kalau tidaklah kerana kamu tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman.".

Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: "Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak), sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa."

Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "(Tidak) sebenarnya tipu daya(mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya." Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. Dan kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan.


WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia