Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 28 Disember 2009

kelalaian yang membawa kecelakaan !!!!


"Saya terlelap." Itu pengakuan pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal pagi ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera. Lagi di Agenda Daily.

Alpa, lupa dan lalai adalah suatu sifat yang berlawanan dengan sedar, ingat dan berwaspada. Punca berkhayal, lalai, mengelamun atau terlelap dari kesedaran atau jaga lah membawa kepada kecelakaan. Dan juga kadang kala kecelakaan itu boleh membawa kepada sial dan malang buat selama-lamanya.

Allah SWT Berfirman mengenai manusia memang bersifat lupa dan tidak berpendirian tetap:

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

"Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan[947] kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat." (QS Tahaa : 115)

[947]. Perintah Allah supaya jangan mendekati pohon khuldi.


Oleh kerana kealpaan, membuatkan Adam AS malang buat selama-lamanya kerana ia dibuang ke dunia sedangkan semasa beliau berada di syurga beliau tidak merasa susah dan malang.

Allah SWT Berfirman :

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ

"Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka (malang)." (QS Tahaa : 117)

Sedangkan semasa baginda dan isterinya hidup aman bahagia di syurga tanpa sakit dan tanpa rasa susah, tidak berasa lapar dan segala jenis kekurangan yang dialami sebelum mereka berdua dibuang ke dunia.

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia