Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 15 Disember 2009

TANDA TANDA KEJATUHAN UMNO/BN MULA KELIHATAN


KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi!
Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku malam tadi sebagai mana yang dilaporkan oleh DPPNPk di blog mereka, menjuruskan kepada tanda-tanda kejatuhan UMNO/BN dalam teori R.A.H.M.A.N akan menjadi kenyataan. Yang mana teori R mewakili Almarhum Tengku Abd Rahman Al-Hajj, A mewakili Almarhum Abd Razak, H mewakili Almarhum Hussein Onn, M mewakili Mahathir, A mewakili Abdullah Badwi dan N mewakili Najib Altantuya selaku PM terakhir dalam Dinasti Neo-UMNO Nazi. InsyaAllah, seandainya persepsi teori tersebut benar, maka Kerajaan UMNO yang telah berkuasa selama 63 tahun akan jatuh dalam zaman kekuasaan Najib.

Allah S.W.T Berfirman:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan." (QS Al A'araf : 34)

Sebesar mana pun kekuasaan umat yang bernama makhluk manusia, pasti ada penghujung dan kejatuhannya.

WAllahua'alam  .....

3 ulasan:

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia