Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 4 Disember 2009

Terus doakan Najib dan UMNO akan hancur sebagaimana hancurnya Utbah bin Abu Lahab !!!!


PUTRAJAYA, 3 Dis (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat seharusnya mengaku membuat kesilapan dengan meminta penduduk Kelantan berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa keburukan jika enggan memberikan wang royalti minyak kepada negeri itu. Dilaporkan oleh lidah bercabang UMNO, Bernama.

UMNO/BN telah banyak melakukan dosa-dosa terhadap rakyat Malaysia lebih-lebih lagi semenjak 19 tahun yang lalu namun persoalannya adakah UMNO/BN pernah memohon maaf atas kezaliman mereka dengan menyekat dan menganak tirikan rakyat kelantan ? Dosa UMNO/BN bagaikan buih di lautan yang tidak terhitung banyaknya. Sayugianya wajar mereka didoakan keburukan dan kehancuran ke atas UMNO/BN sebagaimana hancurnya Utbah bin Abu Lahab yang didoakan dengan Qunut Nazilah oleh Rasulullah S.A.W.

Kisahnya bermula apabila sikap permusuhan masyarakat kafir Makkah semakin menjadi-jadi terhadap Rasulullah dan pengikut Islam yang lainnya. Mereka sentiasa berusaha untuk menghalangi perkembangan Islam. Mereka juga berusaha untuk meracuni pemikiran kawan-kawan mereka agar berusaha sedaya upaya untuk menyakiti hati baginda. Oleh sebab itu, mereka pernah memberi cadangan kepada Utbah dan Utaibah agar menceraikan isteri mereka iaitu Ummu Kalsum dan Ruqaiyah. Mereka pun menerima cadangan orang-orang kafir laknatullah itu. Lalu, Utbah dan Utaibah pergi menemui Rasulullah dengan membawa kedua orang puteri baginda. Mereka berkata “Wahai Muhammad, aku ceraikan puterimu dan aku tinggalkan agamamu serta aku tidak akan mengikutimu selama-lamanya.” Kemudian baginda pun berdoa dengan qunut nazilah agar mereka di makan serigala. Pada suatu hari, Utbah berniaga ke negeri Syam bersama dengan rombongan kafilah yang menunggang unta. Di tengah-tengah perjalanan ada serigala yang meraung-raung di hadapan mereka. Dia ingin menerkam Utbah, sehingga ia teringat akan doa Nabi Muhammad, dan masih memiliki harapan agar doa Rasulullah itu ditarik balik. Sahabat-sahabat Utbah berusaha menghalangi Utbah daripada diserang serigala tersebut. Akhirnya serigala tersebut lari menghilangkan diri. Ketika malam telah datang, ketika semuanya telah tidur lena, tiba-tiba serigala tadi datang menghampiri Utbah dan menerkamnya hingga mati. Sesungguhnya Allah SWT beserta para Rasul-Nya dan akan mengabulkan setiap doa-doa Rasul-Nya.

Untuk mengetahui terjemahan Doa Qunut Nazilah ada di sini.

2 ulasan:

  1. Salam Sufina,

    Kita doa kan semuga apa yang berlaku kepada Ubtah bin Abu Lahab, berlaku pula kepada juak-juak UMNO ini. Pandai sungguh Anak Hussein tu memita menarik doa tu balek. Mana ada Nas dan Hadis katakan doa boleh di tarik balek. Ngaji tak mahu dah nak mampus belaka

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.
    Kafir dan munafik gembira saudara sendiri dan agama islam dianiaya. Terimakasih doa mu wahai munafikun

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia