Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 13 Ogos 2011

BN semakin menjadi raksasa

mAklonG rasa Pakatan Rakyat kena bersedia dengan strategi yang tersusun bersama tenaga dan sumber kewangan yang mencukupi sebagaimana BN telah merancang dan berusaha memperkukuhkan parti dema. Bukannya apa mAklong terbaca jab tadi, bilamana BN bagitahu pada kita semua yang dema sudah semakin kuat. Sampai tahap boleh jadi rasaksa.

Mengenai sidang khas Parlimen yang dituntut pihak pembangkang, Najib berkata: “Sampai pada masanya kita akan buat satu kenyataan nanti.” Sementara itu, beliau berkata Dewan Tertinggi BN menerima empat pertubuhan sebagai anggota bergabung BN iaitu Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah. lagi di sini

Bila mAklonG tengok senarai-senarai Tok Jib bagi tahu, padanlah semua cerita TV belah demanya rupenye Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia udah nyokong dema. Tu tak kire dengan peniaga kecik, hat yang besor dema tak cete lagi. Pertubuhan Seni Silat Gayung pun udah gabung dengan dema. Kenalah petugas PR nanti ada seni kungfuuu, maklumlah masa pilihanraya nanti macam-macam boleh jadi...ish...ishhh. Ate demanya udah kuat bebenor le sampai ke tahap jadi raksasa. Hehehe. Bulan-bulan puasa ni bahaya berimiginasi lebih... Lebih-lebih lagi berimiginasikan BN. Yerlaa..bukan apa, bila berimiginasikan BN, secara tak sedar berimiginasikan Tok Jib. Sat ni nanti, taunya si nek Mah, habislah mAklonG.. hehehe. Udah ler dulu, mAklonG sambung kerje mAklonG dulu..

Allah s.w.t berfirman :

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang memerangi kamu) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." (QS Al Anfaal : 60)

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia