Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. Lagi di sini
Sempena sambutan nuzul Al-Quran ini juga,sebagaimana yang kita semua maklum bersandarkan kepada sebuah hadis nabi :
عَنْ سَعْدِ بْنِ هِشَامٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قُلْتُ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ حَدِّثِينِي عَنْ خُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ أَلَسْتَ تَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَإِنَّ خُلُقَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ الْقُرْآنَ - رواه أبو داود و مسلم
Daripa Sa'ad bin Hisham r.a berkata : Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a, "Ceritakan kepadaku tentang akhlak Rasulullah s.a.w", maka dia menjawab, "Adakah kamu membaca Al-Quran? Maka sesungguhnya, akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah Al-Qur'an." (HR. Abu Dawud dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan