Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Malaysia Rugi Sebab BERSIH ke?

Dalam dok sibuk menelaah berita-berita online terjumpalah tajuk berita ni di sini.

uishh,, mAklonG tak derla pandai bab-bab analisis keuntungan syarikat ini. Tak kirala rugi sebelum pra cukai ker, rugi selepas pra cukai ker, rugi di atas kertas ker, rugi di bawah kertas ker, rugi di luar kertas ker..Yang mAklonG faham dan jelas, ia adalah RUGI. Maknanya RUGI, rugi ler atau tidak untung. Itu yang orang macam mAklonG, orang yang tak berapa reti dan pandai menilai ler. Ingat mAklonG, cerita berita di Utusan Malaysia ni punyalah bombastik (pinjam istilah), tentulah boleh untung, rupa-rupanya boleh rugi jugak. Itulah, ini baru separuh tahun pertama, masa belum BERSIH lagi, jadi Utusan Malaysia tak bolehlah claim kata syarikat dia rugi sebab BERSIH hari tu. Kalau selepas separuh tahun yang kedua mesti antara dialognya macam ni....

Temuramah dengan wakil penjual UM, Encik U, Lokasi, Pekan M
Saya ni pengedar UM sejak zaman berzaman, saya rasa sebab ramai orang tak beli akhbar ni sebab perhimpunan haram BERSIH ler. Ramai orang takut nak keluar membeli.

Temuramah dengan pembeli UM tegar, Makcik N, Lokasi-Bandar O
Makcik pembeli UM dulu kini dan selama-lamanya... tapi makcik udah lama tak belinya, bukan apa, fobia dengan perhimpunan haram BERSIH, tu yang makcik takut nak keluar belinya... udah lame makcik tak bacanye, tup-tup dapat tau UM rugi... kesian juge.. nak buat macam mana... BERSIH ler ni..

Temuramah dengan eksukutif UM, Encik NO,Pejabat UM.
Tuler,kami rugi tak lain sebab BERSIH 2.0.Kami akan berbincang dengan peguam kami,nak saman pertubuhan BERSIH yang menyebabkan kami rugi.Rugi ooooo.tak tahula boleh dapat bonus raya ni ker tidak.

Temuramah dengan pakcik P,Lokasi R.
Aiyaaa, itu utusan BERSIH kaa? kalau lia sokong BERSIH,i ni kali dia boleh untung lorrr?? Kalau cerita dia BERSIH, lia tak manyak kena saman lorrr..... Semua orang mau saman lia.. saman .. saman.. samann (Salah interview peserta bersih)

****Dialog-dialog di atas hanya imiginasi mAklong,tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Siapa yang menjadikan sesuatu peniagaan itu menjadi untung dan rugi sebenor-benornya ??? Allah s.w.t berfirman :

أَفَرَأَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ ﴿٦٣﴾ أَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ ﴿٦٤﴾ لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ ﴿٦٥﴾ إِنَّا لَمُغْرَمُونَ ﴿٦٦﴾ بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ ﴿٦٧﴾

"Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam (usahakan)? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, (Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian. Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)." (QS Al Waaqi'ah : 63-67)

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia