
Tersentuh hati mAklong dan rakan-rakan apabila diberitahu yang mereka sekeluarga hanya perlukan sedikit makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Keluarga yang terdiri dari pasangan suami isteri dan 2 orang anak yang masih bersekolah. Suami hanya bekerja menjual sayur-sayur yang dikutip di persekitaran tempat tinggal dan si isteri pula terpaksa mengambil upah membasuh kain dari rumah ke rumah dan juga pelbagai kerja lain.
Bila diajukan soalan, pernah tak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. Jawapannya setakat mengisi borang dan tidak mendapat apa-apa respons ataupun bantuan dari pihak yang bertanggung jawab. Inilah dia kehidupan realiti yang masih ada di negara kita yang dikatakan menuju negara maju. Bantuan masih lagi tidak menyeluruh.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
عَنْ إِبْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada Ibnu Umar r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat." (Shahih Muslim No.4677)
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
WAllahua'alam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan