Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 16 Ogos 2011

Sekolah Harapan Ali Rustam mahu RM2 Juta lagi

JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni.

Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini. Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad. Lagi di sini.

Panas pagi-pagi lagi bila mAklong baca berita ni. Tidak adakah cadangan lain untuk menyekat daripada bertambahnya remaja-remaja hamil ini. Kalau sudah makin bertambahnya bilangan remaja-remaja hamil ini, adakah dengan cara membina penempatan baru ini adalah penyelesaian yang terbaik. Apakah kepimpinan Dato' Ali Rustam tidak terfikir dengan pertambahan bilangan anak luar nikah ini, bermakna kerajaan pimpinan dato' tidak berjaya merancang program-program yang bermanfaat di negeri Melaka. Kenapa tidak diajak tokoh-tokoh Islam dari pelbagai peringkat untuk mengatasi masalah ini. Kembalilah membentuk masyarakat kita dengan acuan agama, dengan acuan Islam. Rasa mAklong, kebanyakan anak luar nikah ini adalah anak-anak orang Islam. Amat takut dan gerun mAklonG dengan kadar statistik yang makin bertambah bilangan anak luar nikah ini. Mana tidaknya , cadangan-cadangan penutupan tempat punca maksiat tidak berusaha untuk ditutup (baca di sini ) tetapi sibuk dok buat tempat penyediaan menerima "ahli baru" yang tidak sah taraf. Orang kata, orang macam mAklonG ni hanya pandai cakap jer, tapi agak-agaknya orang macam Dato' Ali Rustam tu nak ker terima cadangan dari orang macam mAklong , PAS Melaka, tokoh-tokoh Islam yang tidak menyorok kebenaran dan lain-lain??? Renung-renungkanlah sabda Rasulullah s.a.w. ini.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَاقٌّ وَلَا مُدْمِنُ خَمْرٍ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا وَلَدُ زِنْيَةٍ
- رواه النسائي و أحمد

Daripada Abdullah bin Amr r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda : "Tidak masuk syurga, iaitu penderhaka terhadap kedua orang tua, pemabuk berat, dan orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya (ertinya, merelakan isteri atau anak perempuannya atau orang yang berada di bawah pimpinannya berbuat serong atau zina)." (HR. An-Nasaa'i dan Ahmad)

Melaka ni tunggu kena tsunami ni, InsyaAllah. WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia