Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 12 Disember 2009

dari RM80 kepada RM300, siapa yang untung ????

SEPANG: Jumlah hantaran terlalu tinggi sebenarnya yang menjadi bebanan kepada bakal pengantin lelaki dan ia bukan disebabkan kenaikan kadar mas kahwin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom. Dilaporkan oleh mStar.

Bukan bebanan katanya, daripada RM80 terus ke RM300. Bagi Jamil Khir memang tidak menjadi bebanan. Tapi bagaimana dengan pihak lelaki yang dah gatai sangat nak kahwin? Masalah hantaran memang boleh dirunding dengan pihak perempuan tapi bagaimana dengan duit mas kahwin? Sudah tentu tidak boleh dikompromi dengan pihak Jabatan Agama.

RM300 memang banyak bagi mereka mereka yang tidak mampu. Bila mana perkara Agama lebih-lebih lagi dalam urusan munakahat dijadikan sumber keuntungan. Kenyataan Jamil Khir itu melibatkan orang-orang yang berada serta yang hidup kaya raya. Bagaimana dengan orang orang dalam golongan marhaen dan mustad'afin yang gatai nak kahwin?

Keadaan ini akan terjadilah perzinaan, persundalan, anak-anak dara tua akan menjadi bertambah ramai. Memang JAIS ni layak dipanggil Jabatan Agama Iblis Syaitan. Memang mereka ingin menggalakkan perzinaan berbanding pernikahan yang sah.

Rasulullah S.A.W mengingatkan :

أفضل من المهر هو أسهل

Dari Uqbah Ibnu Amir Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sebaik-baik mas kahwin ialah yang paling murah." Riwayat Abu Dawud dan dinilai shahih oleh Hakim.

WAllahu'alam ....

2 ulasan:

  1. Salam sufina,

    Maksiat tidak akan terjadi jika JAIS berpegag kepada hadis Rasullullah s.a.w:

    824 Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk meyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhati dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang Sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan maskahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan maskahwin. Lantas Sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan maskahwin. Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. Lalu Sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut. Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai. Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila Sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermaskahwinkan ayat atau surah al-Quran yang engkau hafaz

    BalasPadam
  2. Mantaplah Ayid... Takbir, Allahuakbar !!!!

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia