Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 25 Disember 2009

sayang sekali apabila Media Baru tidak digunakan dengan sebijaknya


"Suara Keadilan Online laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, satu daripada komponen parti Pakatan Rakyat yang kuat kerana bilangan ahli parlimennya yang paling ramai. Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah daripada parti Keadilan Rakyat. Lagi di sini.

Zaman sekarang ni, orang tak berapa nak baca Akhbar Versi Cetak lagi dah. Kalau tidak tidaklah Kerajaan Najib mahu mengembangkan lagi sistem jalur lebar negara. Perlu diingatkan golongan pengundi sekarang ini lebih membaca blog berbanding akhbar kertas dan golongan inilah jumlah pengundi paling ramai di Malaysia pada masa akan datang.

Begitulah kenyataan yang disebutkan oleh Prof Madya Dr Abu Hasan Hasbullah. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh SPR dan JPN Negeri, bilangan pengundi muda yang melayari internet dan mereka lebih gemar mengikuti perkembangan politik negara melalui media baru ini, semakin bertambah dari masa ke semasa.

Jadi, sayang sekali jika Parti Keadilan Rakyat tidak menggunakan prasarana media baru sebagai platform untuk mengembalikan kesedaran rakyat dan pengundi terhadap Pakatan Rakyat. Aduan ini tidak akan berlaku jika webmaster Suara Keadilan Online sentiasa mengemaskinikan laman web mereka. Kemaskini yang terakhir mereka pada 16 Mei.

Allah SWT Berfirman:

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya Allah akan menyemprnakan balasan Nya dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (QS Al Anfaal : 60)

WAllahua'alam ....

2 ulasan:

  1. Salam sufina,

    Kali ini ana minta tolong. Tolong linkkan blog Lajnah Pengguna dan alam Sekitart PAS Negeri Perak. Perasmian besok oleh Datuk Mahfuz Omar.

    Link:http://lajnahpengguna.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Ayid, ana dah link kan blog ni dalam blog ana. Alhamdulillah

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia