Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Sabtu, 24 Oktober 2009
Anai - Anai Dalam Perjuangan ....
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mahu mendapatkan penjelasan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan dalam blognya mengenai cadangan agar diadakan muktamar khas bagi membincangkan beberapa isu melibatkan beberapa pimpinan parti. Lagi di sini.
Apa saja yang berlaku di atas alam ini semuanya tertakluk kepada urusan pentadbiran Allah 'Azza Wa Jalla. Mungkin apa yang berlaku pada PAS sekarang ini menjadi satu pengajaran bagi mereka-mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Pejuang Islam tetapi berakhlak dan bersikap seperti Pejuang Taghut.
Anai-Anai sifatnya merosakkan. Mereka mampu merosakkan sebatang kayu yang diluar kayu tersebut nampak cantik namun di dalamnya hancur reput akibat anai-anai ini. Lagi sifat anai-anai ini tidak boleh melihat cahaya lampu lalu jadilah mereka kelkatu yang bersayap rapuh. Tidak mampu terbang tinggi, namun mereka cuba berusaha ke arah itu. Namun akhirnya kelkatu-kelkatu ini jatuh mati akibat sayapnya yang mudah tercabut. Inilah perbandingan dengan orang-orang yang kononnya berjuang di jalan Nya tetapi Allah S.W.T menempelak mereka kerana kederhakaan yang mereka lakukan.
Allah Berfirman dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 8 hingga 9 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya." ShodaqALLAHul'Azim.
Sudah tiba masanya Allah S.W.T hendak membersihkan perjuangan ini dari anai-anai ini yang bakal membahaya dan merugikan jema'ah ini. Cuma mesti dijadikan peringatan bahawa di kesempatan inilah pihak musuh akan mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan jema'ah dan jadilah kita sebagai orang yang sabar dan mengambil langkah berhati-hati.
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya bersetuju dengan maklongsufina supaya anai-anaiini dihapuskan bagi menguatkan kayu yang akan nampak cantik diluar dan didalam.
BalasPadamAdakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?
BalasPadamSejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya PAS menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya macam mahu jadikan PAS, parti milik peribadinya bukan lagi Parti Islam SeMalaysia.Semua urusan parti seolah-olah kena ikut telunjuk dan cakapnya macam beliau sahaja yang betul.Sebelum ini ada blog melabelkan beliau sudah nyanyuk dengan macam-macam ‘fatwa’ sendiri termasuk pasal Islam orang PAS dan Islam orang UMNO serta syurga dan neraka.Menteri Besar Kelantan itu juga bagaikan tak senang duduk kalau tidak cetuskan kontroversi.
BalasPadamMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya macam mahu jadikan PAS, parti milik peribadinya bukan lagi Parti Islam SeMalaysia.Semua urusan parti seolah-olah kena ikut telunjuk dan cakapnya macam beliau sahaja yang betul.Sebelum ini ada blog melabelkan beliau sudah nyanyuk dengan macam-macam ‘fatwa’ sendiri termasuk pasal Islam orang PAS dan Islam orang UMNO serta syurga dan neraka.Menteri Besar Kelantan itu juga bagaikan tak senang duduk kalau tidak cetuskan kontroversi.
BalasPadamRasulullah S.A.W bersabda - Hendaklah kamu mendengar, taat dan patuh kepada pemimpinmu, dalam masa kesenangan, kemudahan dan kelapangan, dalam kesulitan dan kesempitan dalam kegiatanmu dan di saat mengalami hal hal yang tidak menyenangkan sekalipun sekalipun keadaan itu merugikan kepentinganmu. (HR An Nasa'i dan Muslim)
BalasPadam