Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Jumaat, 9 Oktober 2009
Atas hujjah apa Isa Samad kata POLITIK WANG bukan RASUAH ????
Sebelum mAklonG nak ulas berita ni, mAklonG nak suruh pengunjung yang budiman sekelian baca dan fahamkan Firman-Firman Allah S.W.T ini.
Dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 76 yang menceritakan tentang sifat orang-orang munafik yang membelakangi hukum dan perundangan Allah dan menjadikan Ayat-Ayat Allah sebagai sesuatu yang menguntungkan bagi kehidupan dunia mereka seperti mengatakan POLITIK WANG dan RASUAH sesuatu yang berbeza (macam UMNO). A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata:" Kamipun telah beriman," tetapi apabila mereka berada sesama mereka saja, lalu mereka berkata: "Apakah kamu menceritakan kepada mereka (orang-orang mukmin) apa yang telah diterangkan Allah kepadamu, supaya dengan demikian mereka dapat mengalahkan hujjahmu di hadapan Tuhanmu; tidakkah kamu mengerti?"[66] ShodaqALLAHul'Azim
[66]. Sebahagian Bani Israil yang mengaku beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w itu pernah bercerita kepada orang-orang Islam, bahawa dalam Taurat memang disebutkan tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Maka golongan lain menegur mereka (Bani Israil) dengan mengatakan: "Mengapa kamu ceritakan hal itu kepada orang-orang Islam sehingga hujjah mereka bertambah kuat?"
Ayat ini ada asbabun nuzul nya atau sebab diturunkan ayat, Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Nabi SAW pada peperangan Bani Quraidzah (kaum yahudi) berdiri di bawah benteng mereka. Dengan marahnya atas pengkhianatan mereka, beliau bersabda: "Hai saudara-saudara kera! Hai saudara-saudara babi! Hai penyembah-penyembah thaghut!" Para pemimpin Bani Quraidzah berkata kepada kaumnya. "Siapa yang memberitahu Muhammad tentang ucapan yang dikeluarkannya itu! Ia tidak mungkin tahu kecuali dari kamu. Mengapa kamu beritahukan kepada mereka tentang kutukan Allah kepada kamu, sehingga mereka dapat mengalahkan hujjah kamu?" Maka turunlah ayat ini (S. 2: 76) yang menegaskan penyesalan mereka akan kebocoran isi Taurat kepada Nabi Muhammad SAW.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa apabila kaum Yahudi bertemu dengan orang-orang beriman, mereka (kaum Yahudi) berkata: "Kami percaya bahawa sahabatmu itu Utusan Allah, akan tetapi diutusnya hanya kepadamu saja." Apabila bertemu dengan teman-teman mereka, mereka berkata: "Janganlah kamu memperbincangkan masalah ini (kerasulan) dengan orang-orang Arab, kerana kamu dahulu pernah meminta kepada Allah agar mendapat kemenangan terhadap orang-orang Arab dengan kebesaran utusan yang akan datang (Muhammad), sedangkan kenyataannya utusan itu dari golongan mereka." Maka Allah turunkan ayat ini (S. 2: 76) sebagai penjelasan atas kelakukan kaum Yahudi.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari 'Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas.)
Dalam riwayat dikemukakan bahawa turunnya ayat ini (S. 2: 76) tentang orang-orang Yahudi yang beriman, kemudian jadi kaum munafiq. Dahulu di waktu mereka beriman, mereka sering mendatangi kaum Mukminin bangsa Arab dengan membawa berita yang biasa mereka perbincangkan. Setelah munafiq mereka berbicara di antara satu sama lainnya. "Mengapa kamu beritahukan tentang kutukan Allah yang berupa siksaan terhadap kita sehingga mereka (orang-orang beriman) dapat berkata: "Kami lebih dicintai Allah dan lebih mulia daripada kamu."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari as-Suddi.)
Juga dalam Surah Al Maa-idah pada Ayat 60 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi [424] dan (orang yang) menyembah thaghut (selain Allah)?." Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus." ShodaqALLAHul'Azim.
[424]. Yang dimaksud di sini ialah: orang-orang Yahudi yang melanggar kehormatan hari Sabtu atau yang melanggar larangan Allah.
Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W melarang mengamalkan politik wang atau rasuah. Mesti diingat, politik dan agama (cara hidup) sampai kiamat TIDAK boleh dipisahkan.
Allah S.W.T Berfirman tentang cara berpolitik adalah sebahagian juzuk dari agama dan cara hidup orang-orang beriman dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 208 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah (amalkanlah) kamu ke dalam Islam (secara) keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."ShodaqALLAHul'Azim.
Jadi POLITIK WANG dan RASUAH adalah sama. Kesimpulannya, orang yang melanggar larangan Allah sama macam yahudi dan munafik atau BABI .....
WAllahua'alam .....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan