Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Sabtu, 31 Oktober 2009
Wanita MCA/BN menggalakkan Pelacuran ....
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pergerakan Wanita MCA mengkritik cadangan Exco Kelantan daripada Pas, Wan Ubaidah Omar supaya lelaki Islam mengahwini ibu tunggal bagi membantu mengurangkan jumlah golongan tersebut di negeri itu. Berita lagi di sini.
Allah Berfirman dalam Surah An Nisaa pada Ayat 3 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, ".... , maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil[265], maka (kahwinilah) seorang saja[266], atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya." ShodaqALLAHul'Azim.
[265]. Berlaku adil ialah perlakuan yang adil dalam melayani isteri seperti pakaian, tempat, giliran dan lain-lain yang bersifat zahiriyah.
[266]. Islam memperbolehkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum turun ayat ini poligami sudah ada, dan pernah pula dijalankan oleh para Nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Ayat ini membataskan poligami sampai empat orang saja.
Apa akan jadi jika ramai ibu tunggal yang terkatung-katung yang mana bahteranya belayar tanpa nakhoda yang bernama suami ???? Itu yang terkeluar fatwa sesat, bahaya lagi gila dari Dr MaSHITah Ibrahim yang menghalalkan wanita berzina untuk menyara hidup (dalam ruangan 'Dr Masitah Jawab' pada akhbar Harian Metro keluaran 19 Jun 2005, sila buka halaman 38). Maka akan bermaharaja lelalah pelacuran di sana sini.
Namun apa pun cadangan Wan Ubaidah Omar bukanlah satu saranan untuk mencukupkan quota untuk berpoligami, walaupun ianya dihalalkan oleh Islam. Kita pula sebagai kaum Hawa seharusnya redha jika kita dimadu.
Namun Allah S.W.T memberi amaran kepada kaum Adam tentang poligami pada Surah An Nisaa juga pada Ayat 129 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan pembaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ShodaqALLAHul'Azim.
Ingatlah, sebuah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Wahai kaum wanita, aku tidak melihat dari suatu kaum (orang-orang) yang lemah akal (pemikiran) dan lemah agama lebih menghilangkan hati orang-orang yang sihat akal dan benaknya daripada kamu (kaum wanita). Aku telah menyaksikan neraka yang penghuninya paling banyak dari golongan kaum wanita. Maka dekatkanlah dirimu kepada Allah sedapat mungkin." (HR. Bukhari)
Kenapa Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa "Aku telah menyaksikan neraka yang penghuninya paling banyak dari golongan kaum wanita" ??? Lain tak bukan kerana, wanita yang tidak setuju dengan Ayat 3 Surah An Nisaa di atas dan setiap wanita yang tidak mematuhi perintah suaminya, Allah S.W.T akan menyediakan neraka untuk wanita-wanita ini.
Apa pendapat muslimat-muslimat di luar sana ????
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan